ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Range Rover Velar mula tiris di laman maya

Views

Foto rasmi Range Rover Velar crossover sport akhirnya tertiris juga sebelum pengenalan rasminya di Geneva Motor Show menerusi laman sesawang Diariomotor. Velar yang dibangunkan dari pelantar aluminum-intensif IQ bersama Jaguar F-Pace akan berada di antara Range Rover Evoque dan Range Rover Sport serta bakal bersaing dengan Porsche Macan, BMW X4, Mercedes-Benz GLC Coupe, BMW X6 dan Mercedes-Benz GLE Coupe.

Masih mengekalkan identiti rekabentuk bangsa Range Rover dengan pendekatan berbeza, Velar telah membuka lembaran baharu jenama ikonik tersebut dengan memperkenalkan dua skrin sentuh ultra-lebar, satu untuk kegunaan sistem infohiburan dan satu lagi digunakan sebagai paparan maklumat kepada tombol kawalan pendingin hawa.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan mengenai penjana kuasanya, namun dikhabarkan Velar bakal dilengkapi dengan pilihan enjin empat-silinder dan V6 yang turut digunakan oleh Range Rover Evoque dan Range Rover Sport serta kemungkinan mendapat penjana kuasa plug-in hibrid pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

2018-Range-Rover-Velar-1 2018-Range-Rover-Velar-2 2018-Range-Rover-Velar-3 2018-Range-Rover-Velar-4 2018-Range-Rover-Velar-5 2018-Range-Rover-Velar-6

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply