ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto rasmi pertama Geely FY11 dipertontonkan

Views

Boleh pula kami terlepas pandang mengenai berita ini. Tapi tidak mengapa, biar lambat asalkan jangan tiada langsung kan? Beberapa hari lalu laman sesawang rasmi Global Geely telah memuat naik beberapa foto rasmi model SUV Coupe Sport pertamanya FY11. Model tersebut merupakan kenderaan ketiga yang bakal dilancarkan oleh Geely Auto pada 2019.

Selain itu model sedan elektrik dan MPV serba baharu juga bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun ini dan ia juga merupakan sebahagian daripada strategi mereka untuk masuk ke segmen baharu. FY11 bakal menjadi model pertama Geely Auto yang dibina dari pelantar Senibina Modular Kompak (CMA) yang dibangunkan secara usaha sama dengan Volvo Cars di Sweden.

Pelantar ini memberikan FY11 ruang untuk fleksibiliti dan berskala, sekaligus membolehkan para jurutera dan pereka untuk bekerja bersama untuk membangunkan sebuah kenderaan yang mempunyai ciri sport sebenar dari penjana tenaga hingga ke reka bentuk. FY11 direka untuk memukau penglihatan dari segenap sudut, bermula dari depan yang langsing pada bahagian atas tetapi salur kemasukan udara di bahagian bawahnya pula agak besar dan dalam, sekaligus memberikan kereta ini kekuda yang lebih kukuh.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Tanda reka jeriji alam semesta Geely masih lagi ditampilkan pada model ini tetapi ia kini lebih dinamik, bersama dengan jalur krom melintang yang lebar dan bersambung dengan lampu berbentuk anak panah yang nipis. Ia sekaligus memberi kukuatan kepada kenderaan ini. Apabila ia bergabung dengan ciri seakan bilah di bawah, reka bentuk depannya tampak lebih meyakinkan.

Sistem suspensi hadapan dan belakang FY11 turut direndahkan untuk pengendalian lebih baik dan visual yang lebih estetik. Dari profil sisi, FY11 menampilkan gaya fastback. Garis bumbung melengkung yang bergabung dengan profil yang lebih lebar dan bahu yang lebih ‘sado’ memberikan FY11 imej seekor harimau yang menjadi identiti unik rekaan Geely sebelum ini.

FY11 akan dilengkapi dengan enjin 2.0TD yang mampu menjana 175kW dan daya kilas maksimum 350Nm. Ia didatangkan dengan konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD). Ia turut menampilkan logo khas Geely Auto berwarna hitam yang hanya akan digunakan pada model dengan ciri-ciri ekstrem seperti yang berorientasikan sukan. Butiran lanjut mengenai model ini akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Adakah model ini akan dijelmakan dalam bentuk SUV Proton pada masa depan? Kami rasa model ini sememangnya menarik, namun kekangan dari segi tanda harga yang sudah pastinya tinggi mungkin boleh membuatkan pihak pengurusan Proton dan Geely berfikir banyak kali untuk membawanya ke sini. Lebih baik mereka tumpukan sahaja pada kenderaan mampu milik dengan jumlah jualan yang tinggi terlebih dahulu.

Apa pandangan anda?

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply