ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Saga 2016 bocor lagi

Views

Semakin hampir dengan pelancaran, semakin banyak foto Saga 2016 tertiris dimedia sosial. Ini barulah sudut yang paling tepat untuk kita menyaksikan wajah hadapan Saga generasi baharu. Foto ini masih panas dan baharu sahaja dikongsikan oleh Eizhan Armani dalam ruangan komen di laman Facebook group Proton Saga [2016] Community (MALAYSIA).

Rekaan bumparnya mewarisi genetik misai Wak Doyok yang pertama kali muncul pada model Persona baharu. Rupa parasnya dari hadapan masih mengekalkan identiti dan DNA model Saga semasa dan bila dilihat kita terus boleh nampak wajah keluarga Proton. Walaupun tidak seagresif rupa Persona baharu, ia sudah memadai untuk kereta rakyat ini.

Namun kami berharap model facelift atau generasi seterusnya nanti perlu ada kelainan yang ketara kerana ia perlu lebih futuristik dan moden. Takkan lah nak pakai muka yang hampir sama je untuk generasi akan datang. Sesekali kena la ubah selera juga kan?

saga-2016-depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

50 Comments


  • Persona kene kritikan kerana xda persamaan langsung dengan Persona lama. Sekarang Saga kena kritik kerana mengekalkan rupa paras sedia ada walaupun mengetahui sekadar penambah baik kan dari model sebelumnya.


    • Manusia mana pernah puas hati.. Haha.. Group A dah suka, group B pulak kritik. Group B dah suka & puas hati, group A pulak yang kritik.. Haha!


        • Siapa pulak cerita pasal platform sharing?

          Orang lain almost always akan guna platform baru untuk versi all-new. Melainkan kebetulan masa perancangan tu ada berlaku kegawatan atau syarikat tengah sakit (macam Proton).

          Lain kali jangan janji 5-star kalau tak boleh deliver.

          So far hanya Preve jer yang betul-betul ok markah dia. Iriz dan Iriz sedan punya markah memang tercicir banding Preve.


          • tuan, bagi peluang la kat Proton nk rejuvenate. Ini strategi bisnes mereka, kita kena hormat. Proton tak paksa kita beli kereta mereka, pilihan di tangan kita.

            kalau platform lama masih relevan dan sesuai dgn harga target kenapa tak boleh nk kekalkan platform lama.

            kalau rasa 4-start NCAP tu tak cukup utk tuan, tuan boleh beli BEZZA Advance. Kalau lebih mampu, brand lain ade tawarkan model dgn 5-star.


          • Tang bila pulak PROTON janji 5star untuk Saga? Iriz and New Persona memang betul2 layak untuk dapat 5star…ko merepek apa nih? Even kalau side impact score masuk kira pun masih layak dpt 5Star….Bezza belum tentu lagi…sebab side airbag pun takde…

            Tak semua manufacturer akan guna platform baru untuk all new model…most likey modification of current platform to meet safety standard….kenapa? Cost effective…

            cakap mcm bijak… prfttt…


          • Mmm… sepanjang sy mengikuti perkembangan prootn, x pernah plak prootn janji saga nie MESTI AKAN DAPAT 5 STAR asean ancap. Anda bermimpi di siang hari kot:P Depa ada la cakap utk model2 baru safety tiada kompromi. Nk dpt 5 star dari platform yg dpt 3 star sebelumnya tentu agak payah melainkan guna platform baru sepenuhnya tapi kos la.

            Anda rasa all-new honda city tu dari platform baru?

            Cheers!


      • Tak pernah pulak Proton cakap all new saga. Yang ada all new persona. Proton memang dah cakap Saga menggunakan platform lama yang dinaiktaraf. Myvi pun same platform lame dari 3 ? jadi 4 ?.


  • safety kurang….kata proton pentingkan safety..iklan ketuk potong bagai…last2 kalah gak ngan bezza rupe pelik skit tu….apa nak buat..xleh claim safer car than bezza la walaupun segmen sama..


    • Mmm… bezza yg 5 star pun utk varian advance jer der. Saga baru nie direka utk perbaiki/perbaharui model sebelumnya, bentuk lebih stabil, lebih panjang, lebih ruang n lebih sporty, safety standard walau sekadar 4 star berbanding yg lama. Bezza? pilihan masing2. Tapi sy x bleh hadam ar tengok body tonggek tinggi bezza dgn kaki (tayar) ranting tu. Mungkin lulus utk ujian makmal, tapi pemanduan sebenar? Tak meyakinkan. Sorry:P Even model nie dihasilkan di kilang fasiliti daihatsu di jepun. Reka bentuk keseluruhannya by perodua tapi teknikalnya mostly dari daihatsu. Engineer daihatsu diserap masuk dlm perodua. Setakat komen sy tertulis di sini, daihatsu belum pernah menghasilkan model sedan dlm sejarahnya. Betulkan sy kalau sy salah. Mgkin ini tikus makmalnya yg pertama. Masih banyak yg perlu di perbaiki utk generasi kedua Bezza nanti:P

      Cheers!


      • setuju.
        sebelum ni semua model Perodua pun maksimum hanya dapat 4-start Asean NCAP je (MyVi, Alza, Axia) takde pulak orang bising. Brand-brand lain pun tak semua dapat 5-star.

        Bila Bezza Advance capai 5-star NCAP, semua bashers sibuk kondem Saga hanya 4-star.

        5-star sekalipun tapi kalau pandu tak pakai akal pun tak guna.


    • kalau diikutkan, segmen Saga dan Bezza sebenarnya tak sama, Saga di segmen Persona sbb berat saga 1100 ~ 1000 kg.. cuma, bila Persona dah ada dekat segmen B, Pengurusan baru Proton lebih cermat menyusun barisan model2 terbarunya, sbb tu Saga baru hanya ada 1.3L (dan mungkin akan ada 1.2L 3 cyl engine) bila engine GDi dah siap nnt..

      bab safety tu, setakat ni memang 4 star sy rasa satu pencapaiaan yg baik, sbb new Saga dibangunkan dr platform Saga BLM yg dipertingkat..perlu diingat.. Saga BLM asalnya hanya mendapat 1 star, dan Saga FLX 3 star

      pandangan sy, untuk mendapat 5 star, structure hadapan Saga perlu dirombak.. dan ini memang tak terjadi dekat new Saga ni, sebab utama, kekangan budget untuk RnD new Saga, dan mungkin Proton perlukan masa yg sesingkat mungkin untuk develop Saga ni.. sbb semua pun tahu, selain Persona, Saga merupakan bread and butter bagi Proton


  • good exterior design utk proton saga 2016.

    -harap dashboard bra tergantung tgh2 tu dah tak wujud.
    -usb kt dashboard console bwh yg mcm jamban tu harap dh tk wujud.
    -harap plastik tk plastik baldi jamban

    proton patut kekalkan strong and safe car kat saga ni.. abs ebd dan vsc patut ada dlm saga ni walaupun kereta murah..

    4 star asean rating ok la utk b segment mcm ni..

    dan harga kena murah gila2… tk rugi jual murah dgn high spec asalkan sales tinggi..


  • Ramai dok komen bezza 5 bintang dan saga 4 bintang dah kecewa. Aperlah korang ni, Jangan tgk bintang, tgk markah score dia dapat. Bezza 5 bintang pun yang high spec. Kita x tahu lagi high spec saga dapat berapa. Baru dapat 4 bintang dah kata safety kurang. Rilek la dulu, kadang kalau spec lengkap full tp takda 1 benda pun dia bagi 4 bintang juga. kena tgk kriteria apa yg menyebabkan ianya 4 bintang, lepas tu baru nilaikan


  • 3D logo, lampu kristal, but belakang tidak terlalu tonggek, 4-bintang NCAP, genetik misai wak Doyok diwarisi dari Persona.. Lagi yang menariknya Saga mengekalkan sedikit over fender dari Saga lama, roda-roda bersaiz 185/45 R16x7jj boleh dimuatkan tanpa masalah dan kelihatan menawan..

    Kemungkinan Saga 2016 berharga lingkungan dari 33k hingga 44k untuk varian asas standard hingga varian tertinggi premium, bagi mengelakkan harganya bertindih dengan Persona..


  • Ingat tak doktor google tu cakap apa? Orang kita ni safety nak segala bagai, tapi seat belt pun tak pakai. Signal pun tak bagi. Side mirror pun tak tengok. Design Proton sejak Preve memang konservatif sebabnya dia nak destahan lama. Tengok Hyundai Sonata yang fluidic tu baru 10 tahun nampak macam kereta lama kan bandingkan dengan design VW yang safe design tu. nampak evergreen.


  • Kalau rasa nak “high tech” sikit, better ambil bezza. Tapi kalau nak kekalkan gaya konservatif dan pemanduan yang lebih meyakinkan, bolehlah ambil saga baru ni.


    • Hahahaha..!
      Jika anda lebih suka kereta kecil yang dilengkapi pelbagai eksesori serta ciri-ciri yang hampir sempurna dengan harga yang sangat berpatutan pilihlah Saga Premium 2016.. Nantikan pelancarannya..

      Jika mahukan kereta yang lebih luas sedikit berbanding saga, dengan eksesori seadanya atau tanpa eksesori, tetapi mendapat penarafan 5-bintang ASEAN NCAP dengan harga yang berpatutan, pilihlah Persona Standard 2016..

      Saga varian tertinggi dan Persona varian paling asas harganya tidak jauh berbeza..


  • eer we hope the third party produce this new proton logo after market so that i can placed it to my proton,
    it really nice and looks lasting.


  • we do wait for suprima MC not minor change but MC major change specifically for enthusiast 1.6 T wiith 6MT, restyled exterior, with bucket seat , major rework will be the rear light cluster for a more sportier look.

    we hope,,,,


  • during the BLM introduction many had lowered the car . but if we look at this latest saga the waist line nose dived as if giving a low front visual effect therefore lowering the car is unnecessary. furthermore ride and handling is there so the best is just to keep its factory’s spec for its wide range usability , be practical as u own car and make family members smiles enjoying your new ride.

    slap it with RPF1 16 inches or 15 inches TE37 GRAVEL would definitely put it to the next level ,,. de – cat with 421 extractor and s-flow muffler. for athletic look and sound , simply saga is a cheap thrill for everybody. let honda city or vios fly but you on the ground with national speed limit and sometimes 120 but occasionally it can fly too, hehe.

Leave a Reply