ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto skuter terbaharu Modenas bocor

Views

Ini berita yang pastinya menggembirakan peminat skuter jenama Modenas. Beberapa foto skuter terbaharu keluaran Modenas telah bocor di laman sosial baru baru ini. Setelah sekian lama tidak mengeluarkan skuter, Modenas dikhabarkan akan menjalinkan kerjasama strategik dengan pengeluar skuter dari Taiwan, Kymco untuk model terbaharunya. Difahamkan Modenas akan mengambil alih hak memasang dan mengedar motosikal Kymco dibawah kapasiti 250cc.

Manakala untuk kapasiti enjin 250cc dan ke atas pula, hak pemasangan dan pengedaran masih dipegang oleh edaran Motorcycle Bestbuy Sdn Bhd. Sebelum ini Modenas pernah menjalinkan kerjasama strategik dengan pengeluar motosikal lain seperti Kawasaki dan Motive Power.

Jika diperhatikan kepada foto tersebut, model pertama hasil kerjasama Modenas dan Kymco adalah model Kymco Agility/ Xtown 300. Setakat ini belum ada apa apa maklumat rasmi didedahkan, namun kami diberitahu ada kemungkinan skuter terbaharu Modenas ini bakal dilancarkan pada bulan Oktober. Kami akan cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenai skuter terbaharu ini. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

modenas kymco 2 modenas kymco 3 modenas kymco 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • lemau punya modenas… hidup serupa biawak hidup…
    last2 mampu pasang motor org…
    membazir betul…
    masih xreti2 nak buat moto sendiri…
    org2 atas buat keja mudah..
    semua pegang jawatan sbb nk hidup mewah jd kaya mudah tp abai tanggungjawab untuk majukan bangsa..

    salah satu punca Malaysia takkan jd negara maju


  • Modenas kena keluarkan motor kapcai bersesaran 130-150cc untuk bagi persaingan pada Yamaha LC dan Y15ZR. Ciri tambahan menarik yang boleh ditambah adalah tempat simpanan barang bawah tempat duduk, tangki minyak besar, tempat duduk yg lebar untuk keselesaan perjalanan jauh dan juga tempat mengecaj hp. Boleh buat promosi bagi percuma baju hujan, memandangkan bila waktu hujan saya selalu lihat ramai penunggang motor sangkut bawah jambatan. 😛


    • Cadangan yang cantek. Kapcai Modenas gt128 memang power. Modenas dah boleh keluarkan juga gt138 Dan gt148 atau gt158 untuk memenuhkan barisan kapcai modenas.


      • power? topkek

        that motorcycle is utter crap

        paint fell after 1 month, lousy carb with lousy TPS system, dashboard meter keep going erratic, fuel consumption worse than ex5, side stand broken as if were made out of milo tin, lousy wiring, battery kaput not even in 1 year time, and weak blockhead. not even a year i got broken blockhead!!!! heck even those chinese motorcycle like demak, nimota last longer than so call home grown, engineered motorcycle

        don’t fucking lie when all they do is pick reject from Kawasaki and turn it into trash

        a shitty company forever a shitty company


        • 128gt indeed power in it class. More powerful than ex5. Saga didn’t lied about it. That’s true gt128 quality is not the best but he didn’t mentioned about quality. You sub-zero wrote it sebagai tokok tambah, and than accuse some1 else liar.

Leave a Reply