Menjelang pelancaran rasminya pada 25 Julai ini, beberapa foto model supermoped Aveta SVR180 mula tersebar di media sosial sejak semalam.
Aveta SVR180 yang menggunakan tagline #THEULTIMATESUPERMOPED itu dijangka berentap beberapa ‘otai’ dalam pasaran, iaitu Yamaha Y16ZR, Honda RS-X dan Suzuki Raider R150Fi.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Supermoped berkenaan adalah model ‘tukar lencana’ Rato SVR180 2021 yang memiliki reka bentuk persis Honda Winner X di pasaran China.
Unit ujian Aveta SVR180 berjaya diintip sebelum ini dan ia dijana oleh enjin bersesaran 149.2cc dengan teknologi EFI, yang disambungkan dengan transmisi enam-kelajuan.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Rato SVR180 mempunyai kapasiti tangki bahan bakar berkapasiti 7 liter, selain dilengkapi dengan panel meter digital TFT, sistem lampu LED, fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, serta tayar dalam siri 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang).
Menurut informasi dari laman Facebook Oe Motor Sdn Bhd(sekinchan), harga jualan tunai bagi model Aveta SVR180 adalah RM 9,988.
Adakah ini bermakna harga jualan yang disyorkan adalah sama ataupun pihak kedai sudah siap ‘ambil untung atas angin’? Sama-sama kita tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Oe Motor Sdn Bhd(sekinchan) dan Ksmotorcycle Trading
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI