ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto Toyota Avanza Veloz 2022 (D26A) kembar Perodua Alza (D27A) bocor!

Foto Intip

Views

Akhirnya kita dapat melihat rupa sebenar Toyota Avanza Veloz 2022 (namakod D26A) yang dimuatnaik ke akaun Instagram rasmi rakan media kami di Indonesia, AutonetMagz.com. Menurut mereka, versi yang bukan Veloz akan mempunyai wajah yang berbeza.

Ini bermakna, kita sudah boleh mendapat gambaran awal mengenai rupa dua lagi kembarnya, iaitu Daihatsu Xenia dan juga generasi baharu Perodua Alza (D27A).

Kami menjangkakan perubahan kosmetik antara ketiga-tiga model ini adalah terhad pada rekaan jeriji, bampar depan dan juga belakang serta ruang dalaman.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Konsepnya hampir sama seperti Toyota Rush, Daihatsu Terios dan juga Perodua Aruz. Dari segi reka bentuk luaran, Avanza Veloz 2022 menampilkan rekaan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan gaya sebuah SUV.

Wajah depannya agak garang, seakan wajah “Predator” dengan jeriji besar berbentuk ‘trapezoid’. Bentuk lampu depan lebih nipis dan menggunakan mentol jenis LED. Di belakang, ia menggunakan bar lampu LED rekaan melintang yang bersambung antara satu sama lain.

Rekaan dalamannya agak konvensional, menampilkan susun atur papan pemuka yang ringkas dan kemas dengan gabungan warna dwitona. Kelihatan juga unit infohibur gaya terapung di tengah-tengah papan pemuka dan saiznya juga agak besar.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Tidak cukup dengan itu, satu lagi skrin dilekatkan pada bahagian atas tempat duduk baris kedua yang boleh dilipat. Agak mendukacitakan, kemasan pada panel pintu nampak agak ‘murah’ dan beberapa komponen pada model semasa telah dikitar semula bagi mengurangkan kos.

Jika dilihat pada senarai varian yang kami dedahkan dalam artikel terdahulu, model ini akan dilengkapi dengan dua pilihan enjin, iaitu 1.3-liter 1NR-VE dan 1.5 -liter 2NR-VE yang digandingkan bersama pilihan transmisi manual dan CVT.

Model yang dibangunkan dari pelantar DNGA ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, seperti enam beg udara dan brek kecemasan autonomi yang merupakan sebahagian daripada ciri Toyota Safety Sense (TSS).

Nantikan kemunculannya di Indonesia pada awal bulan November ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply