ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto Toyota Yaris versi Eropah bocor!

Berita Global

Views

Akhirnya terbongkar juga wajah sebenar Toyota Yaris generasi baharu versi Eropah setelah beberapa fotonya bocor di laman Facebook The Automobilist. Jika diimbas kembali artikel terdahulu yang memaparkan unit ujian Yaris berceloreng sedang diuji di Thailand, jelas susuk tubuhnya sama dengan foto yang bocor ini.

Pada mulanya kami menyangka unit berceloreng itu sekadar ‘model olok-olok’, rupa-rupanya ia menyembunyikan rupa sebenar Yaris. Adakah Yaris versi Eropah akan mempunyai persamaan dengan versi ASEAN? Itu yang mungkin menjadi persoalan dan hanya akan terungkai apabila model sebenar muncul nanti.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tetapi untuk tanggapan awal, besar kemungkinan ia akan mempunyai beberapa persamaan dari segi reka bentuk terutama luaran. Pada pandangan kami, reka bentuk Yaris versi Eropah mengingatkan kami kepada model Aygo tahun 2005 terutama sekali dari profil sisi. Kami yakin sekiranya lencana Toyota dicabut, pasti ramai yang akan berkata ini model terbaharu dari Citroën kan?

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Dari segi reka bentuk, model ini banyak menggunakan garis dan bentuk organik, mungkin untuk menjadikannya lebih berotot tetapi dari beberapa sudut ia nampak sedikit janggal. Rekaan hadapan nampak agak garang dengan jeriji besar dan lampu yang tirus memanjang. Dari sisi, gabungan dwi-tona warna memberikan visual bumbung terapung dan ke bahagian belakang, rekaan lampu yang bersambung membuatkan kereta ini nampak agak lebar.

Kami sangat tertarik dengan rekaan lampu belakang yang menggabungkan warna gelap dan jejalur merah yang agak unik. Bentuk bampar belakangnya pula kelihatan agak tebal dengan rekaan diffuser yang ringkas. Secara keseluruhan, kami suka dengan Yaris versi Eropah ini walaupun terpaksa mengambil sedikit masa untuk menghadam gaya baharu reka bentuknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto intipan unit ujian Toyota Yaris berceloreng di Thailand

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply