ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto usikan kedua Hyundai Kona mula berlegar di alam siber

Views

Hyundai sekali mengusik netizen dengan memuatnaik foto kedua model crossover terbaharu mereka yang dinamakan Kona dan ia mula tular dibeberapa laman sesawang automotif antarabangsa. Bakal membuat kemunculan pada musim panas nanti, model subkompak ini bakal tampil dengan rekaan progresif yang menonjolkan identiti reka bentuk baharu jenama tersebut.

Buat masa ini hanya sedikit sahaja gambaran yang dapat dilihat, dan masih terlalu awal untuk menilai rekaannya namun pada foto foto yang telah dikeluarkan, ia jelas menampilkan rekaan ala Jeep Cherokee dengan lampu nyalaan siang LED berada di atas lampu LED hadapan. Kia juga masih merahsiakan lagi segala butiran mengenainya, namum disahkan model ini mempunyai kedudukan tempat duduk yang lebih tinggi dan pilihan sistem pacuan empat roda.

Butiran penuh hanya akan dapat diketahui dalam masa beberapa bulan lagi dan Hyundai menaruh harapan yang sangat tinggi pada model ini yang merupakan peristiwa penting dalam perjalanan syarikat tersebut untuk menjadi jenama terunggul Asia di pasaran Eropah menjelang 2021. Kita sama sama nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Hyundai-Kona-002 Hyundai-Kona-2018-1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply