ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto YSuku V3 versi Vietnam tertiris, kini dengan enjin 155 VVA!

Foto Intip

Views

Sejak semalam, kecoh di laman sosial dan juga permotoran berhubung penularan beberapa foto intip yang memperlihatkan kelibat Yamaha Y15ZR V3 (YSuku V3). Ada warganet yang sudah ‘memasang angan-angan’ untuk memiliki jentera dua roda tersebut namun ia bukanlah model yang bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Ia sebenarnya adalah Yamaha Exciter RC untuk pasaran negara jiran tetangga kita di Vietnam dan merupakan versi kemas kini (facelift) yang ketiga bagi model tersebut setakat ini. Jika dilihat dari foto-foto ini, jelas memperlihatkan beberapa perubahan besar dibuat pada model tersebut.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Boleh dikatakan hampir keseluruhan reka bentuk luaran model ini mengalami perubahan, dengan penggayaan semula dilakukan pada bahagian panel kepala, lampu depan dan juga belakang. Lampu depan versi terbaharu ini tampil dengan rekaan nipis memanjang dan berkemungkinan besar menggunakan jenis LED.

Paling mengujakan, Exciter RC akan dilengkapi dengan enjin model 155 VVA (mungkin berkongsi penjana yang sama dengan model YZF-R15). Enjin silinder tunggal 155cc SOHC  VVA ini mampu menjana 19.04 kuasa kuda pada 10,000rpm dengan daya kilas 14.7Nm pada 8,500rpm. Ia digandingkan bersama transmisi manual 6-kelajuan.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Satu lagi ciri baharu yang kelihatan pada model ini ialah penghidup nirkunci (keyless) yang menggunakan suis  pemutar, sama seperti model NVX. Selain itu, kelihatan panel meternya juga berubah dengan rekaan serba baharu dengan paparan jenis digital.

Tidak dapat dipastikan bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi di Vietnam, dan bagi peminat tegar model ini yang ada di Malaysia, anda sempat lagi menabung untuk meminangnya nanti. Kumpul duit Raya banyak sikit la tahun ni!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply