Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional Proton untuk menyediakan kemudahan kredit kepada pengedar Proton bagi membiayai pembelian kereta untuk penstokan lantai (floor stocking).
Syarikat ini diasaskan pada 2015 untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia Tenggara dengan memperluas akses pembiayaan PKS dengan menyelesaikan kekangan-kekangan utama pembiayaan yang sering dihadapi PKS.
Ini termasuklah ketiadaan cagaran (collateral), keperluan dokumentasi yang merumitkan, serta tempoh pemprosesan yang panjang.
Penyelesaian kekangan ini selari dengan komitmen Funding Societies untuk mengurangkan jurang pembiayaan PKS di Malaysia dan di rantau ini, lebih-lebih lagi memandangkan PKS merupakan tunjang ekonomi negara.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Ketua Negara, Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon berkata, permintaan untuk kenderaan persendirian menyaksikan peningkatan sejak separuh kedua 2020. Ia didorong kebimbangan masyarakat terhadap pengangkutan awam (impak krisis Covid-19) serta dasar kerajaan berketepatan semasa pandemik.
Dengan fasiliti kredit pusingan (revolving credit facility) Funding Societies, pengedar Proton boleh memanfaatkan pertumbuhan tersebut dengan meningkatkan inventori bagi tujuan jualan dengan meningkatkan inventori stok lantai kereta terpakai.
Tambahnya, kemudahan kredit pusingan ini memberikan pengalaman pembiayaan lebih lancar kepada pengedar Proton. Mereka boleh menggunakan kemudahan itu pada bila-bila masa dan di mana sahaja selepas pengaktifannya.
Bagi Pengurus Besar, Proton Edar, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa, pihaknya telah melihat peningkatan transaksi jual atau tukar beli disebabkan peningkatan jumlah jualan sejak beberapa tahun ini.
Sejak penubuhannya pada 2019, unit Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) Proton telah memperkenalkan prosedur operasi dan menyediakan latihan kepada Pemeriksa Kereta Terpakai untuk menguruskan transaksi di setiap cawangan dan memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan.
Ketika ini, syarikat itu mempunyai 35 cawangan yang menjual kenderaan Proton Certified Pre-Owned (PCPO) di Malaysia. Funding Societies menyediakan pembiayaan sehingga 85 peratus daripada nilai transaksi dengan tempoh pembayaran balik sehingga 90 hari.
Kenderaan yang dijual di bawah program PCPO menjalani pemeriksaan menyeluruh 201-mata dan dijamin bebas daripada sebarang kerosakan banjir atau kemalangan besar. Pelanggan juga menikmati lanjutan jaminan selama 1 tahun yang meliputi enjin dan transmisi serta sekali servis percuma, 6 bulan dari tarikh pendaftaran.
UCM juga telah menyediakan laman web kereta terpakai Proton, iaitu http://used-cars.proton/com. Pembeli boleh melihat stok tanpa berkunjung ke bilik pameran dan melayari laman web untuk mendapatkan anggaran harga pasaran kereta terpakai.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI