ARKIB

KATEGORI

Buletin

Funtasticko Design tempat ke-2 kategori Best Auto Blog!!!

Views

Funtasticko Design tempat ke-2 kategori Best Auto Blog di World Bloggers & Social Media Awards 2012. Pemenangnya seperti yang telah dijangka iaitu Paultan.org & tempat ketiga jatuh kepada Arena Kereta.com. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyokong serta mengundi blog ini & menjadikan ia sebagai sumber informasi anda. Tanpa sokongan anda Funtasticko Design takkan berada hingga ke tahap ini. Terima kasih semua!!! 😉

http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

32 Comments


  • tahniah juga.

    p/s: x kisah la no 2 pun,janji blog lebih famous dengan spyshot and good fact dari some rubbish/annoying fact from unknown people that somehow told that they use a beamer or a Unknown GTR… lol


  • tahniah broooo! paultan tu english, so FD ni kira yg terfemes utk Bahasa Melayu & Bahasa Rojak 🙂
    cuma, satu je… oleh kerana majoriti guna BM, aku harap pengkomen disini lebih matang, ber’sopan santun’ dan mengkritik secara membina. kalau nak bagi pendapat pun, kena la jaga tata-susila, kan? kan? kalau ada yang setakat nak mengutuk, bro campro silalah ban kan aja. kalau ada yang tengking menengking, kita tendang je macam kat KFC tu.. hahaha!


  • tahniah bro campro…tercapai jugak kan blog funtasticko ni mnjadi blog tersohor..ingt lagi hrapn bro pnah gtau sy yg nk jd blog se’best’ paultan….
    hrap bro jgn ptus asa pas ni..gigih giat mara lagi untuk myampaikan sumber2 bernas di blog ni..
    bro juga pnah post idea design savvy replacement yg x menjadi tu..
    anyway..tq bro..


  • modus operandi FD dan AK seolah-olah sama, iaitu memaparkan spyhot kereta nasional dan dalam bahasa malaysia.
    ada peluang boleh beat PT tu. kena rancang ‘promosi’ yang mantap sikit. setiap artikel dan gambar yang diambil dari FD minta dikreditkan ke FD.
    tapi kalau tak ada perancangan yang mantap, nanti AK beat FD..persaingan sihat..hehe

    dulu kalau nak tgk spyshot, terus ingat PT, sekarang asal ingat spyshot kereta nasional, terus taip ‘funtas’ di google..buka juga PT, tapi tgk takde spyshot terus [X] kat hujung atas kanan..

    all the best FD.


    • kat PT tu.. kalau takde news Proton, Perodua, Honda, Toyota atau apa saja yang berkaitan berita automotif tempatan,.. jgn harap la org beramai2 nak komen.
      aku cadangkan kat FD ni, takyah la ambik byk sgt berita luar, tumpukan yang local pun dah cukup.
      penambahbaikan yg perlu:
      1. archive perlu senang nak cari. link kan semua topik yang berkaitan. sediakan menu berdasarkan topik dan sebagainya..
      2. re-branding. aku paham FD ni asalnya dari company yang buat graphic kan? so bila sebut F.Design, memang org akan ingat blog pasal design2 stuff.. so aku rasa elok drop je perkataan “Design” tu.. kalau still nak guna FD, mungkin boleh ubah ke Funtasticko Drive, atau Fun Drive… barulah macam sinonim sikit dengan automotive blog.
      3. buat apa yang takde kat PT.. contohnya rencana pasal sejarah automotive negara, kenapa Proton ditubuhkan, isu pasal tax dan sebagainya. kalau ramai yang tahu, mungkin blind bashers dapat dikurangkan. buat kajian betul2, jumpa MITI dan sebagainya…. masih ada golongan tak berpengetahuan yang komplen pasal harga Proton di Malaysia vs Arab.. padahal dah penat aku explain pasal tax.


  • tahniah bro…
    seronok lihat perkembangan blog bro…sy folo dr awal lg blog ni..time dulu2 cedok je pic dr blog lain..huhu…skrg xpayah cedok dah…skrg dah ada paparazzi sendiri dah..suma nak email kat bro skrg ni klo ada spyshot baru..saya jarang post coment juz update apa yg bro post…keep it up..dah makin maju nnt jgn lupakan reader2 yg dah bertenggek kat blog bro ni..xsbr nak tunggu p321a kuar.hope nnti bro dpt la test drive kete tu sblm launch ek..yela,kan dah jd blogger popular skrg ni..gudluq


  • Alhamdulillah tahniah bro! Moga blog FD ni akan terus menarik minat para pelawat baru mahupun ‘yang regular’. Isi yang baik, pastinya ramai peminat 🙂


  • Mmm… tahniah:) No. 2 pun ok what?:) 2nd best auto blog… tapi still no. 1 best auto blog berbahasa melayu kn? anyway, keep it up.

    cheers!


  • Di sebabkan nama pon dah FD, apakah blog ini lebih cenderung kepada design issues/ news? Tidak ada lg blog BM sehebat FD dalam hal design setakat ini..


  • Tahniah…
    Minggu lepas baru je berkursus dengan DBP..Dewan Bahasa Pustaka berkaitan dengan kurangnya bahan rujukan dalan bahasa ibunda, Bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya laman FD ini mengisi keperluan sebagai rujukan automotif berbahasa Melayu yang tersohor di Malaysia.
    Tahniah sekali lagi.


  • Tahniah, kat sini la aku beljo mcm2 psl kete, kl tak harem….

    Cadangan : War-warkan kejayaan ni kat syarikat tempatan, mana tau ada yg nk iklan something, bule masyyuukkk…

    Buat social responsibility kat polis ke atau kementerian penerangan. Boleh ad pasal keselamatan jalan raya dsb…

    Semoga success selalu..


  • pengunjung dtg dn pergi yg wat pos tu pun ada yg kekal, ada yg kejap je, utk kekalkan ramai pengunjung aku rasa bahan/content kena tip top ar..baru org nk tgk hehe. pastu komen poster pun ada isi..huhu


  • tahniah pada FD dan AK…kira FD tmpat pertama la dan AK tempat kedua versi BAHASA la..sbb bahasa ni melayu je LAYAN..PT dh sume bangsa layan..
    SEMANGAT PERJUANGAN KAN BAHASA SDR..tahniah tahniah tahniah


  • Tahniah bro, blog bahasa melayu sebenarnya mempunyai market yang besar , jadi saya cadang FD dan semua FD friends rujuk indonesia sebagai indo bukan indon, untuk memikat blog2 negara jiran menjadikan FD sebagai rujukan khususnya berita P1 dan P2.

    Seberang market dia tengah pesat berkembang dijangka T.I.V 2012 900k ke 1juta unit. Kalau betul cara mungkin proton boleh capture 5-10 market sudah baik.

    Sedangkan firaun yg zalim pun allah menyuruh nabi musa menggunakan bahasa yg lunak.

    Tumpang gembira:D.


  • Biduk lalu, kiambang bertaut.. apa aku nk ckp nih.. haha. tahniah Bro! Aku doakan blog ni semakin maju, contents makin dasat2, design meletop2, para pengomen semakin bijak & berhemah, dan juga tuan tanah semakin murah rezeki & diberkati. tahniah sekali lagi! 😀

Leave a Reply