ARKIB

KATEGORI

Buletin

GAC GS3 EMZOOM terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, peroleh skor keseluruhan 88.39 mata

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - GAC EMZOOM

GAC GS3 EMZOOM menjadi model pertama di bawah jenama GAC Motors yang dinilai oleh Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) setelah ia diperkenalkan ke pasaran rantau ASEAN bermula tahun ini.

Model SUV saiz padat ini telah berjaya memperoleh penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025 dengan skor keseluruhan 88.39 mata.

Protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025 adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Berikut adalah perincian skor bagi keputusan ujian untuk model GAC GS3 EMZOOM:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 36.60 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 16.43 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Bantuan Keselamatan (SA) – 17.86 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 17.50 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

GAC GS3 EMZOOM menawarkan pelbagai ciri keselamatan sebagai kelengkapan standard dalam semua variannya yang terdiri daripada enam (6) beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang hadapan, Brek Kecemasan Kendiri (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar, AEB Pejalan Kaki, Visualisasi Titik Buta (BSD) untuk bahagian pemandu dan penumpang hadapan kenderaan, Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB) dan teknologi Perlindungan Pejalan Kaki (PP).

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Selain itu, SUV 5-tempat duduk yang hanya tersedia di Malaysia buat masa ini turut menawarkan teknologi bantuan keselamatan termaju lain sebagai peralatan standard yang terdiri daripada AEB untuk Motosikal, Amaran Tersasar Lorong, Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar untuk tempat duduk penumpang belakang juga tersedia sebagai kelengkapan pilihan.

Model ini ditawarkan dengan dua pilihan varian, GS3 EMZOOM Exclusive dan GS3 EMZOOM Premium R. Harga jualan bermula dari RM118,900 bagi varian GS3 EMZOOM Exclusive, manakala varian GS3 EMZOOM Premium R dijual pada harga RM128,900.

KLIK UNTUK BESARKAN

GAC GS3 EMZOOM

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply