ARKIB

KATEGORI

Tular

Gadis nekad terjun dari Myvi gara-gara bertengkar dengan teman lelaki

Tular

Views

Seorang gadis nekad terjun daripada sebuah kereta selepas didakwa bertengkar dengan kekasihnya juga dipercayai merupakan individu yang memandu kenderaan tersebut.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

K! ONLINE melaporkan, menerusi perkongsian video kejadian oleh Mat Jie di laman media sosialnya, dia nyaris melanggar wanita itu selepas dia bertindak keluar daripada Perodua Myvi yang ketika itu sedang dipandu di jalan utama.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan Universiti Selangor. Ketika kejadian, kereta jenis Myvi tersebut kelihatan memperlahankan kenderaan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum wanita itu bertindak terjun keluar.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa bimbang ke atas kejadian yang berlaku pada wanita tersebut dan ada juga yang turut berasa simpati.

Salah seorang warganet berkata, kita tidak boleh menghukum mereka kerana tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 4,800 tontonan dan 1,400 reaksi di akaun Facebook miliknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply