ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gajah ‘naik minyak’ serang kereta selepas kena hon – Lima individu terselamat

Berita Tempatan

Views

Gara-gara kereta lain membunyikan hon, lima individu bernasib baik apabila sempat keluar untuk menyelamatkan diri setelah kereta dinaiki mereka diserang gajah yang mengamuk. Kejadian yang menakutkan itu dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, kira-kira jam 7 malam tadi.

Menurut Harian Metro, kereta jenis Perodua Axia itu dikatakan menghala ke Perak dari Kelantan dan kejadian berlaku tidak jauh dari Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa. Seorang pemandu sebuah kenderaan yang juga datang dari arah Kelantan yang tidak dikenali mendakwa dia mendapat tahu cerita itu daripada seorang mangsa.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Katanya, punca kejadian berlaku adalah semasa gajah di berada tengah jalan lalu mereka memberhentikan kereta, namun secara tiba-tiba kereta belakang membunyikan hon. Tambahnya, gajah tersebut ‘naik minyak’ lalu memijak bonet kereta mereka. Walaubagaimanapun, lima individu dalam kereta itu bernasib baik sempat keluar dan lari meninggalkan kereta.

Berdasarkan individu berkenaan, kelima-lima mangsa terpaksa menumpang kenderaan lain untuk berpatah balik dan berhenti di Hentian (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa. Katanya lagi, isteri pemandu kenderaan terbabit menangis apabila diberitahu kereta mereka rosak dipijak gajah berkenaan.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, akibat kejadian itu, kenderaan mangsa mengalami kerosakan kecil namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, kakitangan sudah dihantar ke lokasi bagi melakukan siasatan lanjut dan pemantauan. Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan pemandu supaya bersabar dan tidak memasang lampu tinggi ketika melalui kawasan berkenaan pada waktu malam. Katanya lagi, jangan bunyikan hon atau paling penting jangan cuba menghalau gajah berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply