Gaji masih paras minimum, namun ada hati mahu membeli model kereta jenama import mewah sekali gus tidak sepadan dengan pendapatan bulanan yang diterima.
Ada yang mahu kereta BMW tanpa deposit dengan bayaran bulan antara RM400 hingga RM500, Honda City sedangkan gaji bersih RM1,700 hingga RM2,100, Mitsubishi Lancer GT dengan gaji setiap bulan sekitar RM1,600 atau Volkswagen Polo tetapi gaji sekitar RM2,000.
Itu yang dikongsikan seorang ejen kereta menerusi TikTok berhubung segelintir orang muda yang mahu membeli kenderaan mewah dan mahal, namun tidak menggunakan konsep ‘ukur baju di badan sendiri’.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Malah ejen kereta itu juga pernah mencadangkan mereka supaya memilih kenderaan lain yang sesuai dengan pendapatan bulanan, namun ada daripadanya merasakan ia tidak ada ‘standard’.
“Kereta kecil bukan ‘level‘ dia orang. Malu kot pakai kereta biasa. Bukan ‘standard’ dia orang katanya,” ujar lelaki membalas komen daripada pengguna TikTok.
Dalam masa sama, orang ramai turut menasihatkan golongan tersebut supaya ‘berpijak di bumi yang nyata’ sekali gus tidak terikut-ikut dengan gaya kehidupan mewah melampaui kemampuan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Nak pakai kereta jenama T20, tapi bulanan nak RM400 hingga RM500. Perodua Axia, Myvi dan Bezza pun dah RM400 hingga RM600,” kata seorang pengguna TikTok.
“Makan habuk kat dinding ke kalau pinjaman lepas,” komen individu lain.
“Selamat berhutang ya anak muda. Ukur baju di badan sendiri, ada otak pakai. Bukan pakai nafsu, alhamdulillah umur 40-an ni ‘loan‘ semua habis. Goyang kaki sampai pencen,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI