ARKIB

KATEGORI

Tular

Galak sangat menari, lelaki maut terjatuh dari bumbung treler

Tular

Views

Seorang lelaki meninggal dunia selepas terjatuh daripada bumbung sebuah treler dalam kejadian di sebuah lebuh raya di Houston, Texas, lapor akhbar New York Post semalam.

Mangsa yang sedang galak menari, terjatuh apabila treler itu melalui bawah sebuah jejambat.

Polis Houston berkata, lelaki berusia 25 tahun itu maut dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.35 pagi (waktu tempatan) di Lebuhraya Eastax US-59.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Keberadaannya tidak disedari oleh pemandu treler, lapor saluran televisyen KRIV-TV.

Menurut polis, lelaki itu melompat atau naik ke atas sebuah treler dan kelihatan sedang merakam dirinya menari. Video kejadian dimuat naik dalam akaun Grizzy’s Hood News.

Selepas terjatuh dari treler ke atas jalan raya, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu dibawa ke hospital berdekatan dan disahkan meninggal dunia.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan, lapor saluran radio Houston Public Media.

Polis berkata, pemandu treler disiasat selepas kejadian berkenaan dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia kemudian dibebaskan tanpa tuduhan.

“Kami tidak menyaksikan kes seperti ini dalam tempoh agak lama,” kata jurucakap Jabatan Polis Houston, Jodi Sliva. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply