Memandangkan Proton kini sedang menguji model sedan terbaharunya, Proton S50 (namakod SS11), sahabat kami Idiyaz Baharuddin yang pakar dalam animasi 3 dimensi (3D) tampil dengan karya terbaharu untuk memberi gambaran awal model tersebut.
Mengikut perancangan asal, model sedan yang berasaskan Geely Emgrand generasi keempat (namakod SS11) spetautnya diperkenalkan pada tahun 2023, namun besar kemungkinan ia akan tiba sedikit lewat, yakni pada 2024.
Menurut Idiyaz, Geely Emgrand generasi keempat telah menjadi rujukan untuk menghasilkan imej 3D Proton S50 (SS11) rekaannya.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Memandangkan Proton S50 (SS11) adalah model “tukar lencana”, Idiyaz telah merombak sebahagian sahaja rekaan asal Geely Emgrand, terutama sekali pada rekaan bampar, lampu depan dan jerijinya.
Lampu depan Proton S50 (SS11) versi Idiyaz lebih langsing dan panjang berbanding lampu asal Geely Emgrand. Ia disambungkan dengan jeriji Ethereal Bow yang agak lebar dan kemasan dalamnya menggunakan motif berbentuk sarang lebah, dan bukannya Infinite Weave.
Rekaan bampar depan juga telah diolah semula, dengan yang lebih sporty dengan permainan dwitona. Di bahagian sisi, Idiyaz telah menambah kit badan dwitona dan juga rim aloi dengan rekaan berbentuk “Bunga Raya”.
Beralih ke belakang, boleh dikatakan ia tidak banyak perubahan dengan model asal yang telah sedia cantik. Idiyaz hanya mengubah bentuk jejalur lampu belakang LED, menambah ‘lip spoiler‘ nipis pada but belakang dan tutut menerapkan elemen dwitona pada bampar yang menempatkan corong ekzos berkembar.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Proton S50 (SS11) berkongsi pelantar BMA dengan SUV, Bin Yue (X50). Dari segi dimensi ia berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, dan 1,460 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula 2,650 mm.
Ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi alamani (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder petrol yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.
Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi CVT menerusi pacuan roda hadapan. Dikhabarkan model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j.
Untuk melihat hasil karya Idiyaz yang lain, anda boleh ke laman Instagram @idiyaz.cg atau Behance @idiyaz. Apa pendapat anda mengenai rekaan Proton S50 (SS11) ini?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Idiyaz Baharuddin
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI