Semasa pelancaran Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) baru-baru ini, peneraju Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), DreamEDGE telah membuat satu kejutan dengan memaparkan prototaip model pertama syarikat tersebut dalam sebuah kotak besar.
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
Namun ia hanya boleh diintai dan mendedahkan sedikit bahagian lampu dan bampar depan serta belakang. Walaubagaimanapun, sahabat kami pakar manipulasi foto, Theophilus Chin telah menggunakan kepakarannya untuk memberikan gambaran awal model tersebut, yang mengikut firasatnya berpandukan model konsep Daihatsu DN-F sedan.
Reka bentuk gaya coupe dan fastback sedan empat pintu dari Daihatsu DN-F telah diolah semula dengan menggunakan lampu, bampar dan juga jeriji model prototaip yang dipamerkan itu. Maka terhasillah, gambaran sebuah sedan kompak dengan gaya mewah dan sporty.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
Menurut CEO Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Madani Sahari, prototaip model sedan segmen-B itu bakal dipamerkan untuk tatapan umum semasa Malaysia Autoshow 2020 pada bulan Julai nanti.
Dalam artikel terdahulu, laporan analisa yang diterbitkan oleh Affin Hwang Investment Bank memaklumkan yang projek tersebut memerlukan dana tambahan dan bakal mengalami kelewatan. Menurut perancangan awal, model pertama dari projek kereta nasional ketiga dijangka diperkenalkan pada 2021, namun ia tertangguh setahun dan mungkin dilancarkan pada separuh pertama 2022.
Apa pendapat anda mengenai gambaran awal model sedan pertama projek kereta nasional ketiga rekaan Theophilus Chin ini?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
KOMEN TERKINI