ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran awal Toyota Passo/Daihatsu Boon generasi baharu, bakal muncul November ini!

Berita Global

Views

Toyota dan Daihatsu kini dikatakan sedang rancak membangunkan Passo/Boon generasi baharu yang dijadualkan untuk membuat kemunculan sulungnya pada November ini.

Menurut majalah permotoran berbahasa Jepun, bestcarweb.jp, kedua-dua model kembar itu dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut dikongsi oleh bakal Perodua Myvi generasi keempat (G4).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kedua-dua model ini menampilkan rekaan serba baharu dan bakal ‘dilahirkan semula’ sebagai model hatchback segmen-A, tidak seperti generasi yang terdahulu.

Dengan penggunaan pelantar DNGA, keselesaan dan prestasi pemanduannya telah berjaya dipertingkatkan ke suatu tahap yang jauh lebih baik.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Passo/Boon generasi baharu akan dikuasakan oleh enjin 1.0 liter aspirasi alami (NA), dan dijangka versi sport dikenali sebagai “X4” bersama enjin 1.0 liter turbo (110ps) bakal membuat kemunculan semula.

Turut bakal ditawarkan adalah pilihan trenkuasa hibrid yang turut dikongsi bersama dengan Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid. Nantikan perkembangan selanjutnya mengenai Passo/Boon generasi baharu dari semasa ke semasa.

* Terima kasih kepada Theophilus Chin kerana menjadi penterjemah artikel asal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit bestcarweb.jp

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply