ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran digital Lexus LBX versi Theophilus Chin

Impresi Artis

Views

Dalam artikel terdahulu, kami pernah mewar-warkan Lexus sedang sibuk membangunkan kini barisan model masa depannya yang merangkumi 10 model hibrid, hibrid plug-in dan BEV menjelang tahun 2025. Menurut laporan dari majalah permotoran berbahasa Jepun Mag-X, salah satu model Lexus yang sedang dibangunkan adalah SUV hibrid kompak yang berasaskan Toyota Yaris Cross.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

SUV hibrid ini direka khusus untuk pasaran Eropah, Jepun dan Australia. Lexus juga telah mendaftarkan tanda dagang nama LBX yang berkemungkinan akan digunakan oleh model ini nanti. SUV dalam segmen-B itu nanti akan berada di bawah barisan model UX dengan ukuran dimensi yang hampir sama dengan Yaris Cross.

Model ini mungkin dibangunkan dari pelantar GA-B dan menggunakan tetapan hibrid yang sama dengan model asasnya. Ia bakal dijana oleh kombinasi enjin tiga-silinder 1.5 VVT-i bersama dua (FWD) atau tiga motor elektrik (AWD-i), yang menghasilkan 114 kuasa kuda dan 120 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Rakan kami, pakar pemanipulasi visual tersohor Theophilus Chin tampil untuk memberi gambaran digital bagaimana rupa model Lexus LBX ini nanti. Menurutnya, badan Yaris Cross telah digunakan sebagai asas dan elemen reka bentuk pada model Lexus NX telah diterapkan pada rekaan ini.

Hasilnya, Lexus LBX versi Theophilus Chin kelihatan sungguh realistik dan tidak keterlaluan jika kami mengatakan, ramai yang akan ‘percaya’ bahawa ini adalah model yang sebenar. Apa pendapat anda mengenai gambaran digital Lexus LBX ini?

Anda boleh menonton proses gambaran digital ini dihasilkan menerusi video di bawah. Jangan lupa langgan saluran YouTube Theottle untuk melihat lebih banyak rekaan baharu selepas ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply