ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran digital Nissan Grand Livina 2019

Karya Digital

Views

Berdasarkan beberapa foto intipan Nissan Grand Livina 2019 yang telah berjaya dikesan di Indonesia baru-baru ini, rakan sekutu kami TheAjerul telah membuat satu gambaran digital dengan merujuk kepada foto-foto tersebut. Model yang berkongsi pelantar bersama Mitsubishi Xpander itu akan dilancarkan ke pasaran Indonesia berkemungkinan besar pada tahun ini.

Secara keseluruhan kedua-dua beradik kembar ini hanya dibezakan dengan bentuk jeriji dan bampar hadapan, boleh dikatakan 95 peratus rekaannya mempunyai persamaan. Pada kami ia bukanlah sesuatu yang pelik dalam dunia automotif, memandangkan jenama lain juga berbuat demikian untuk menjimatkan kos pembangunan model baharu yang bukan menjadi model teras.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Jika merujuk kepada gambaran digital ini, nampak reka bentuk Grand Livina 2019 lebih garang berbanding Xpander. Nampaknya reka bentuk jeriji Nissan lebih ‘masuk’ dan sepadan dengan keseluruhan rupa hadapan model ini berbanding jeriji “Dynamic Sheild” Mitsubishi, sekaligus menjadikan wajahnya lebih garang.

Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai bilakah model MPV ini akan tiba di Malaysia. Kami jangka paling awal ia akan berada di sini pada penghujung tahun 2019, namun segalanya bergantung kepada perancangan Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Apa yang pasti Xpander akan diperkenalkan terlebih dahulu.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara>

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply