ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran Preve facelift dari Irfendy Mohammad

Views

Jika anda masih baharu dengan laman web ini, nama Irfendy Mohammad yang merupakan pengasas Fenoria.com merupakan salah seorang rakan kami yang kerap berkongsi idea rekabentuknya bersama funtasticko.net. Beliau yang berasal dari Labuan, Sabah merupakan graduan Rekabentuk Industri dari Umeå Institute of Design di Sweden dan pernah menjalani latihan industri di Jerman dan Jepun semasa pengajiannya. Beliau juga pernah berkhidmat bersama pasukan rekabentuk Perodua sebelum melanjutkan pelajarannya ke sana.

Ini merupakan cetusan idea terbaharu beliau mengenai Proton Preve facelift yang dijangka diperkenalkan pada tahun ini. Dengan gabungan bentuk Preve sedia ada dan penggayaan dari model Persona 2016, nampak kacukan ini berjaya dan menarik terutama dari belakang. Kami jangka Proton akan melakukan perubahan besar di bahagian hadapan dan belakang model sedia ada dan mungkin juga Preve facelift bakal mendapat papan pemuka baharu yang lebih moden.

Buat masa ini belum ada sebarang maklumat mengenai model ini dan mungkin ia akan diperkenalkan pada suku kedua atau ketiga 2017, selepas Proton memuktamadkan siapa Rakan Strategik Asing terbaharu yang dijangka diketahui seawal bulan Mac nanti. Kami dikhabarkan proses penilaian akhir syarikat yang telah disenarai pendek akan bermula pada bulan Februari ini.

Apa pendapat anda mengenai karya terbaharu Irfendy Mohammad ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

preve-fl-belakang preve-fl-depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

33 Comments


  • rentikanla nak buat FL melampau lampau…proton appoint Giugiaro buat design Preve pun psl nak longevity in design..mcm VW,,,,apa guna buat design skang pastu tukar FL jauh beza..tak paham x paham..mengarut ngarut P1 ni..buat duit rakyat je..buang duit user je kene repair slalu


  • overall design preve sekarang actually ok, cuma kena bagi nampak lagi sporty fastback dan matang sikit untuk bersaing dengan c-segment lain.

    1. design c-pillar ala ala perdana/civic baru untuk nampak fastback roofline slope
    2. ketinggian kena rendahkan lagi untuk nampak sporty ala ala coupe
    3. design interior & dashboard kasi rombak habis bagi nampak lagi moden tambah lcd screen 7″ yang boleh support apple carplay & android auto


  • good idea encik fotochopper.

    tang lampu depan belakang pada aku yg skrg dh cantik dah, cuma perlu diperhalusi (detailing).

    bumper depan wak doyok aku ske,
    bumper blkg kena details sket.

    aku nk fotochop dh xde masa..hahaha


  • cukup cukuplah keterujaan buat facelift luaran je. keluar modal, fokus facelift pada interior dan ergonomik. sejak model Gen-1 sampai sekarang, interior dan ergonomik Proton memang tak memuaskan.

    takkan puas hati market Malaysia je, bila nk mula eksport Iriz, Persona & Saga?


  • Mmm… preve facelift lampu blkang kena kekalkan lampu 2 pieces. Yg mcm persona 1 piece jer:) Idea lampu yg paling best utk preve adalah design mcm lampu blkang perdana baru tu. kasi cembung. baru cun:)

    Cheers!


  • Bagus rekaan Irfendy ni. Cuma saya harap kalau Proton mau misai Doyok diletakkan pada Preve FL, bolehlah diperhalusi lagi supaya xnampak mcm “mulut besar” seperti Vios-3. Saya kurang minat kereta mulut besar (kecuali Iriz), dan saya rasa “trend” mulut besar dah kian pudar, walaupun masih ada kereta baru yg diperkenalkan dgn ciri ini (Picanto).

    Seperti komen di atas, Preve FL perlu dipanjangkan supaya profile dia lebih “sleek” berbanding skrg yg nampak sikit kontot disebabkan ketinggiannya. Ini pendapat saya sebagai sorg pemilik Preve hampir lima tahun. Dan kalau ikut sejarah Proton, kemungkinan kena tunggu lima tahun lagi utk Preve generasi kedua. Jadi adakah FL ini “major facelift” umpama Saga? Kalau dia major, harap-harap Proton boleh tambah satu “grille” depan yg menonjolkan (bold) supaya tampilan Preve lebih ada “presence”. Pada pendapat saya, model-model Proton kurang dari segi muka depannya – lampu kecil dan grille yg satu palang menyebabkan banyak ruang hitam di depan. Grille tu bagaikan hidung manusia dan sgt penting utk penampilan sesebuah kereta – lebih-lebih lagi Preve yg pakai enjin turbo. Cuba kawan sekalian bandingkan hidung Preve dgn Inspira. Hidung umpama Inspira (atau Swift, Impreza baru dan banyak kereta lain – Jaguar, Merz) yg saya rasa sesuai utk Preve utk bagikan kereta tu lebih “attitude”. Cuma pendapat saya, Encik Azlan jgn marah.

    Satu soalan, Encik Campromania tulis di atas Preve FL mungkin diperkenalkan pada tahun ini, adakah ini bermaksud tiada enjin GDI utk FL ini? Kan enjin GDI dijangka siap akhir tahun ini? Atau FL ini dilancar tahun ini dan masuk enjin GDI tahun depan?


  • proton nak kata jaguh kampung pun tk..
    jaguh dunia apatah lagi..
    entah bila la nak pegi eksport kat luar..
    mcm mana la proton management forecast profit margin..

    gua ingat dah ada persona, saga, dah boleh jual massive market kt india, australia, thailand.. tp harammm….

    berenti la keja mcm macai..
    jadilah team yg produktif..


    • labur duit ratus juta design & develop kereta utk dunia (preve, iriz)…bila dh produced jual kat kampung sendiri je…

      ego yang tak menguntungkan sesiapa.


    • Mmm… depa nie bukan xnk jual kat luar. Cuma la nie, kekangan kos, mgkin bro akupunya bleh derma dana utk proton kencang eksport produk dia. ekeke..:P

      Semua tu bila nk menapak kat luar perlukan pelaburan tinggi gak. Depa x cukup dana tu. Atau pun senang bro akupunya jadi la CEO proton terus, senang sket proton nk eksport kereta dia:P…. errrr… tak payah la… nanti lagi nazak proton… kang terus bungksu plak.. muahaha.. jgn marah ye, gurau jer… senda pagi jumaat:)

      Cheers!


      • bro, kalau rasa macam dah cukup dana nak venture pasaran eksport, lebih baik tutup kedai or jual pada yang mahu…jangan jadi biawak yg perlu didukung untuk kepentingan segelintir tapi merugikan yg lebih ramai.

        kalau rasa nk jual utk market Malaysia saja, lebih baik rebadge apa2 kereta yg org Malaysia suka i.e. Axia, City atau Vios.

        cepat2 jual Lotus sebab kerugian lebih besar dari manfaat.


        • Mmm… depa akan buat decision berdasarkan kapasiti dan faktor situasi semasa. Bukan pakai emo n amarah:P

          Bukan ke pasaran eksport proton masih ada? Cuma belum memberangsangkan n strategi baru kena ada. Bagi saya menjual lotus tanpa melihat potensi n manfaatnya di masa depan adalah satu tindakan yg pendek akal. Jgn time tu berputih mata sudah lah. Org lain melihat itu sebagai permata kita plak melihatnya sebagai kaca. So sad.

          La nie pun perkembangan lotus agak baik juga walau kerugian silamnya masih tidak mampu dicover keuntungan semasa. Yg nie proton kena bertahan la sket. Sebenarnya company2 lain dlm industri tengah tak sabar2 memberi tekanan n menunggu2 bila prootn nk tekan butang ‘surrender’ kat lotus nie. Manfaatnya sgt besar bagi mereka memiliki company ikon lagenda dlm industri permotoran itu. Cuma kita la ‘otak dlm kotak kasut’ nie yg tak nampak semua itu:P Jgn marah:P

          Cheers!


    • Kelmarin Donald Trump keluar kenyataan, kereta import(CBU) yang dipasang luar sempadan(negara) akan dikenakan cukai berganda. Manakala Kenderaan(CKD) yang dipasang dalam negara(US) dikecualikan cukai.

      Donald Trump juga berhasrat US tidak menyertai TPPA. Jika US tidak menyertai TPPA, syarikat Dari Malaysia langsung tiada peluang bertapak di sana.

      Negara² lain yang mengalami kelembapan ekonomi juga menaikkan cukai Kenderaan yang diimport sepenuhnya(CBU), Dan mengecualikan cukai jika di Pasang dalam negara(CKD).


  • Mcm Nie Preve? Mcm Personal Yg Baru Jaaa.Saya Guna Preve 1st Model 2012 Beli Bagi Org Tua Saya Guna, Sebagai Kereta Ke3 Dia Tapi Hmmm Mcm2 Masalah Dlm Masa 3 Tahun Pertama, Duit Byk Habis Tukar Itu ini Mcm2 Hal Rosak..Sampai dah Habis Warranty Pun Masih Rosak.. Apa Kejadah Kalau Mcm Nie? Hantar Proton Service Center Tak Pernahnya Elok.Selepas Habis Warranty Saya Hantar Kedai Kawan Bagi Dia Chechk Semua Tinggal Kat Dia 1 Minggu Lepas Tue Dpt Balik Alhamdulillah Elok Jaa Sampai Sekarang 2Tahun Dah Ok 2015-2016 2017..
    Tempat Servis Pun Main2 Bukan buat Betul2 Kakak Dfn Adik Saya Tunggu 40Minit Yg Dtg Kemudian Tak da Appointment Yg Masuk Dulu Selepas Tue Baru Kakak Dan Adik Saya Masuk Tapi Pelik Hanya 1p Minit Servis? Tukar 4t Servis Apa Yg Patut. Nak Cerita Byk Tapi Malas meluas Dgn Proton Sudahlah Sembang POMPANG POMPANG… Habis Bayar Mmg Akan Jual Kereta Proton.
    Saya Takkan beli Dan Guna Proton Lagi..
    Dari Penang.


    • bang bukan sorang menghadapi masalah gini. cuma fanboy P1 saja yg cbuk defend syarikat kereta pojaan mereka…kete penuh masalah…kalau kete lain 4 5 tahun xde masalah tapi P1 awal2 lagi dah dok Juru n COE..dah km lebih 150k tunggu je la masalah berturut turut mau..terima ajela tulah proton kebanggaan Malaysia…dah buat kesilapan jgn ulang lagi beli kete dr co sama


    • Jika Preve FL dilancarkan pada 2017 maka semua variannya menggunakan enjin 1.6L CFE. Jika Preve FL diperkenalkan pada 2018 maka semua variannya akan menggunakan enjin 1.5L T-gdi. 6 speed transmisi manual dan 7 speed CVT untuk Preve FL


  • kalau dibandingkan dengan kereta segment C yang lain, jelas preve sudah nampak “berumur”. Proton perlu melakukan sesuatu jika mahu menambat hati pembeli kereta segment C kerana terdapat jenama luar yg sudah menawarkan kereta segment C pada harga Rm100K..


    • Yep.! Preve sedikit ketinggalan.
      Perlu sedikit penambahbaikan seperti, pengesan jarak Park Distance Control (PDC) depan dan belakang, brek tangan elektrik dengan Auto-Hold, sistem pengesan kecergasan Driver Alert System dan lampu/pengelap cermin automatik. Pendingin hawa pula adalah sistem Climatronic tiga-zon bersama corong tersendiri di belakang.

      Sistem tanpa kunci ‘KESSY’, manakala tempat duduk pula dibalut dengan kulit ‘Vienna‘. Tempat duduk mempunyai 12-arah pelarasan bersama sistem memori dan urut, Park Assist dan kamera undur, lampu utama LED sepenuhnya dan lampu nyalaan siang LED, termasuk penghalang cahaya belakang elektrik, Active Info Display, pencahayaan ambien, kemasan kayu ‘Carolina’, Lane Assist dan unit media yang lebih maju Discover skrin sesentuh 6.5-inci dengan MirrorLink dan navigasi.

      Termasuk XDS electronic differential lock dan Dynamic Chassis Control (DCC) serta pilihan mod pemanduan (Eco, Comfort, Normal, Sport, Individual).

      Selain itu, Preve FL perlu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan utama seperti Lane Assist, Automatic Post-Collision Braking System, enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS), Kawalan Mendaki Bukit, tingkap kuasa anti-pinch dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

      Sistem dan teknologi lengkap hanya perlu Dilengkapi pada Preve Varian Premium / Premium Plus / Super Premium sahaja.

      Sebahagian sistem/teknologi yang disebutkan di atas telah ada pada Preve Varian Premium sedia ada. Preve Varian standard sedikit ketinggalan pun takpe bagi mengekalkan harga di bawah 69k


      • pada pendapat aku, tak perlu sistem yang canggih sangat. preve yang sedia ada sudah memadai. cuma proton kenalah perbaiki kualiti preve tu sendiri. Interior pun kena banyak touch-up.

        pengguna ni hati dia akan tertarik dengan ciri-ciri mewah, walaupun kereta tu taklah mewah sangat. contoh mudah, leather seat, panel meter optitron, kemasan pintu yang menggabungkan trim kayu/silver dengan soft touch, kesenyapan kabin dan yang penting, tak pening kepala tentang bahagian teknikal.

        Saya faham proton masih mempunyai kekangan dari segi kewangan dan mengekalkan harga, tapi kalau nak berjaya, memang kena lakukan sesuatu agar produk yang dihasilkan mampu menarik hati pelanggan.

        cuba bandingkan interior/pemuka hyundai ioniq dan honda civic..kita boleh lihat design yang lebih moden…memandangkan mereka mempunyai economy of scale, silap2 kos pembuatan mereka yg mempunyai interior dan teknologi sebegitu, sama nilai dengan kos pengeluaran kereta preve.tapi tulah..susah juga..

        sekarang ni saya nak cari kereta keluarga yang selesa dan senyap serta “lembut” pemanduannya. nampaknya saya belum jumpa lagi pada kereta proton. cuma ertiga tu ada “senyap” sikit banding orginal proton.


        • Hahahah.. Copy paste sebahagian Dari mekanika.com Dan sesbahagian Dari pandulaju.com

          Perbandingan kereta² import segment-C, civic, ionic, corolla, Mazda 3, Audi a3, impreza wrx, ford focus.

          Diceduk sedikit demi sedikit yg mungkin bersesuaian untuk segment-C Preve FL


  • Preve Facelift tidak perlu disumbat dengan teknologi dan sistem yang terlalu canggih manggih.. Cukup sekadar menepati piawaian tahap keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP terkini(latest).. Serta tingkatkan kualiti material/pemasangan dan khidmat selepas jualan.. Jika terlalu banyak sistem yang canggih harganya akan melambung melebihi 100k dan jualan semakin berkurang.. Capai matlamat kereta paling selamat dan berkualiti tinggi dahulu sebelum beralih kepada kereta mewah berkuasa tinggi.. Maaf.!! kurang berminat dengan rekaan saudara Irfendy..


  • Design ini memang cukup sempurna dan kalau design yang sama 100% dicipta dan dilancarkan saya pasti ianya akan menjadi kereta no.1 terlaris di Malaysia.

Leave a Reply