Akhirnya, setelah berhempas-pulas selama beberapa hari, siap juga illustrasi digital terbaharu hasil tangan penulis sendiri untuk memberi gambaran awal model SUV kompak Perodua D55L. Dalam artikel terdahulu penulis ‘gatal tangan’ untuk memberi gambaran visual model Bezza facelift yang dijangka dilancarkan awal tahun depan.
Kali ini menulis sekali lagi mencabar diri untuk mengubah rupa model Toyota Raize yang merupakan kembar kepada Daihatsu Rocky dan juga Perodua D55L. Seperti yang kita semua tahu, dua beradik dari Jepun ini berkongsi pelantar yang sama, Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan enjin petrol 1.0-liter turbo yang digandingkan dengan transmisi D-CVT.
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
Namun menurut info awal yang kami perolehi, besar kemungkinan versi Perodua nanti hanya akan berkongsi enjin yang sama dan menggunakan transmisi yang berbeza (4-kelajuan automatik). Kita tolak tepi dulu cerita mengenai apa spesifikasi teknikal mahupun mekanikalnya kerana penulis mahu anda semua melihat hasil karya terbaharu model ini dahulu.
Secara kasar, penulis hanya melakukan perubahan pada bahagian lampu, bampar serta jeriji dengan menyuntik DNA reka bentuk Perodua yang ada pada model X-Concept, Axia STYLE dan Aruz. Perubahan paling ketara ada meletakkan lampu siang LED di bahagian atas yang bergabung dengan jeriji utama. Kombinasi ini penulis merujuk kepada rekaan model X-Concept yang memisahkan dua lampu (lampu utama dan lampu siang LED) di dua tempat berbeza.
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
Lampu utama penulis meletakkannya sedikit ke bawah di bahagian bampar dan gaya reka bentuk ini diinspirasikan dari beberapa model seperti Hyundai Kona, TATA Harrier dan Baojun RM-5. Bampar dengan ‘rekaan X’ yang kini digunapakai oleh model terkini Perodua berjaya memberikan gaya yang lebih sporty dan dinamik. Plat gelincir pada bahagian bawah bampar pula memberikan rupa yang lasak meskipun SUV ini bersaiz kecil.
Ke bahagian belakang, penulis telah mengubahsuai rekaan lampu belakang dan menjadikannya seperti jejalur lampu sebaris. Tidak seperti dua model kembarnya di Jepun yang memisahkan lampu belakang dengan kemasan hitam yang memegang logo jenama masing-masing. Gaya lampu memanjang ini merupakan trend reka bentuk automotif terkini dan ia menjadikan SUV ini nampak lebih moden.
Bampar belakang penulis mengambil gaya rekaan dari Axia STLE yang pada kami sangat ranggi dan bergaya. Ia sekaligus menjadikan SUV kompak ini sesuai dengan sasaran pasaran untuk golongan muda yang mahukan kenderaan gaya hidup dengan rekaan unik dan tersendiri. Di bawah bampar penulis juga memasukkan plat gelincir bagi memberi kesinambungan visual yang bermula di bahagian depan.
Apa pendapat anda mengenai hasil karya terbaharu penulis ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen laman Facebook kami. Kongsikan artikel ini dan jangan lupa tag nama rakan anda juga ya!
KLIK UNTUK BESARKAN
Versi yang dikemaskini
Versi sebelumnya
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
KOMEN TERKINI