ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Gamer’ Forza Horizon 5 ini diharamkan dari bermain selama 8,000 tahun – Ini puncanya

Tular

Views

Gara-gara mengubahsuai grafik liveri keretanya dalam Forza Horizon 5, seorang pemain (gamer) telah diharamkan dari bermain permainan video tersebut selama 8,000 tahun!

Mungkin niatnya untuk membuat ‘parodi’ tetapi apa yang dilakukan oleh gamer itu mungkin dianggap sebagai ‘provokasi’ yang terlampau dan boleh mencetuskan kontroversi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Sebenarnya agak melucukan juga kerana dia ‘begitu berani mengubah’ beberapa logo jenama ikonik seperti KFC yang mana muka Colonel Sanders telah diubah kepada wajah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Selain itu, beberapa logo lain turut diubah, antaranya New Balance menjadi Nuke Balance, Nike kepada Nuke, Pirelli menjadi Pyong Yang dan The North Face kepada The North Korea.

Menurut AllThingsRacing, rakannya tidak pernah menerima apa-apa amaran sebelum diharamkan dan tidak pernah diharamkan dari bermain sebelum ini.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Meskipun Forza Horizon 5 membolehkan pemainnya mengubahsuai liveri kereta, namun apa yang dilakukan itu mungkin boleh menimbulkan provokasi dan memburukkan jenama asal logo tersebut. Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mengenai hantaran tersebut.

Ada yang bersimpati dengan pemain tersebut kerana ia merupakan kesalahan kali pertama dan dia langsung tidak diberikan sebarang notis atau amaran awal mengenai kontroversi rekaan grafik liveri kereta tersebut.

Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AllThingsRacing

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply