ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ganti inflator beg udara Takata – UMWT panggil balik 41,000 kenderaan Toyota

Berita Tempatan

Views

Pengedar kenderaan jenama Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) semalam telah mengumumkan satu Kempen Servis Khas (SSC) semalam yang melibatkan penggantian inflator beg udara beberapa model Toyota. Ini bagi memastikan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

JOM BACA >> Bezza berwajah baharu bakal tiba – Ini apa yang kami jangka berubah dan Perodua wajib perbaiki

Kenderaan yang terlibat dalam kempen ini adalah yang telah dipanggil balik sebelum ini antara tahun 2014 dan 2019 bagi menggantikan inflator beg udara keluaran Takata. Untuk kempen terkini, inflator beg udara itu nanti akan digantikan dengan komponen yang telah dipertingkatkan.

Kira-kira 41,000 kenderaan Toyota yang dikeluarkan dari tahun 2001 ke 2013 terlibat dalam kempen ini. Antara model-model tersebut adalah Vios (keluaran Mei 2003 hingga Ogos 2007, dan September 2007 hingga Julai 2013), Corolla Altis (keluaran Julai 2001 hingga Julai 2007), Camry (keluaran Jun 2002 hingga Disember 2005) dan Yaris (keluaran Januari 2006 hingga Ogos 2007).

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Syarikat akan menghantar notis pemberitahuan kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat secara rasmi dan melaksanakan servis khas secara percuma. Untuk maklumat lanjut, pemilik kenderaan yang terjejas boleh menghubungi mana-mana pusat servis bertauliah Toyota atau Talian Percuma Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

Mereka juga boleh melayari laman sesawang Kempen Servis Khas (SSC) menerusi pautan ini untuk menyemak status kenderaan mereka dengan memeriksa Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN). Bagi pengguna Aplikasi Toyota Drive, VIN juga boleh disemak menerusi pautan yang disediakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply