ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ganti pam bahan api – Honda Malaysia umum tambahan model yang dipanggil balik

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen panggil balik (recall) bagi tambahan 77,708 unit kenderaan keluaran jenama tersebut bagi menggantikan pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Berikut adalah senarai model yang terjejas:

Model Tahun keluaranUnit yang terjejas
Accord 2018 512
2019 780
BR-V 2018 7,112
2020 6
City 2019 30,388
City (HEV) 2019 390
Civic 2018 6,240
2019 2,776
CR-V 2019 9,843
2020 1,381
HR-V 2018 7,679
HR-V (HEV) 2018 62
Jazz 2019 5,791
2020 4,626
Jazz (HEV) 2019 92
2020 30

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Honda Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan yang terlibat dan mengesahkan kesemua model semasa yang berada di pasaran tidak terjejas dengan kempen tersebut. Bagi memastikan keselamatan pelanggan diutamakan, syarikat akan terus menegakkan ketelusan dan kawalan yang ketat.

Kempen ini perlu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengatasi kemungkinan kesukaran untuk menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti secara tiba-tiba. Semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan yang merangkumi butiran lengkap.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Pelanggan juga boleh menyemak status kenderaan mereka sama ada terjejas atau tidak menerusi aplikasi HondaTouch. Honda Malaysia turut menggesa pelanggan yang terjejas untukmenghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat janji temu setelah menerima pemberitahuan, namun ia bergantung kepada ketersediaan alat ganti.

Penggantian pam bahan api ini adalah PERCUMA dan segala kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia, manakala stok akan tersedia secara berperingkat.  Setakat ini, tiada insiden mahupun kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan berhubung isu ini di Malaysia.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan menerusi aplikasi HondaTouch atau menghubungi talian Bebas-Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau melayari laman sesawang www.honda.com.my atau productrecall.honda.com.my untuk mebuat semakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply