ARKIB

KATEGORI

Tular

Gara-gara bapa ‘terlampau obses dengan automotif’, tiga beradik diberi nama Lamborghini, Ferrari dan Celica

Tular

Views
@jineylaa nama adalah doa dari orangtua ya kann😂🤍 #brothersister ♬ slipping through my fingers – Jen

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok satu video mengenai seorang gadis bernama Lamborghini Astried yang berasal dari Indonesia.

Lebih menarik, video yang telah ditonton lebih 2.2 juta warganet itu turut mendedahkan nama dua lagi adik-beradiknya yang juga diberi nama sempena model kereta.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Abangnya bernama Ferrari Mikola, manakala kakaknya pula diberi nama Celica Riska. Astried turut mendedahkan yang dia sering menjadi ‘mangsa buli’ kerana diberi nama sedemikian rupa, namun kini dia ‘sudah lali’ dengan perkara tersebut.

Menurut portal Walipop.detik.com, gadis berasal dari Bandung, Jawa Barat yang lebih mesra dipanggil dengan nama ‘Jini’ itu berkata, ketiga-tiga beradik itu mendapat nama model kereta disebabkan bapanya yang terlampau obses dengan automotif.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Tambah anak bongsu berusia 25 tahun itu, selain dibuli dia pernah merasa ‘hilang keyakinan diri’ disebabkan memiliki nama Lamborghini.

Kata Jini, disebabkan itu dia sering diejek dan diketawakan, namun apabila sampai ke tahap ini dia faham ibu bapa sudah pasti memberikan nama yang terbaik untuk anak mereka dan yakin ‘ada doa’ di sebalik nama tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply