ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara cuba redah banjir, tiga sekeluarga nyaris lemas Ford Ranger dihanyutkan arus

Berita Tempatan

Views

Gara-gara cuba meredah banjir di laluan yang sudah ditutup, sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger dihanyutkan arus di bawah jejambat Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai, Kemaman jam 10.30 pagi tadi.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Menurut Harian Metro, kejadian berlaku ketika tiga sekeluarga yang menaiki Ford Ranger itu dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menghala ke Mak Lagam di Chukai. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, jalan itu sudah ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan banjir yang melanda daerah ini sejak Ahad lalu.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Katanya, Ford Ranger terbabit hanyut namun kesemua penumpang dapat keluar daripada kenderaan itu. Pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun yang berada di atas bumbung kenderaan itu.

Pihak polis turut bersama anggota bomba mengeluarkan Ford Ranger terbabit yang tenggelam. Hanyan turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian sama daripada berulang. Kata beliau lagi, laluan itu ditutup demi keselamatan dan jangan ambil risiko meredah banjir.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply