ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara memandu laju, Myvi ini terbang dan hempap Camry dalam kawasan pakir

Tular

Views

Petang semalam tular satu klip video pendek yang menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi generasi baharu yang dikatakan ‘terbang’ setelah hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju. Video dan foto kejadian tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook milik Chan Brothers dah telah dikongsi oleh kira-kira 3.2k wargamaya.

Pada asalnya ada satu lagi klip video yang menunjukkan rakaman dashcam dari Myvi yang terlibat dalam kemalangan tersebut, namun ianya telah dipadamkan. Yang tinggal hanyalah video yang memaparkan trak tunda sedang cuba mengalihkan kedua-dua kereta tersebut.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Kejadian tersebut berlaku petang semalam di Petaling Jaya, berhampiran dengan Atria, betul-betul di hadapan pawagam Golden Screen Cinemas (GSC). Myvi tersebut dikatakan dipandu dengan laju dalam keadaan jalan licin semasa hujan dan ia hilang kawalan apabila tiba di satu selekoh. Ia terus meluncur dan terbang lalu terhempas di atas sebuah kereta jenis Toyota Camry yang di pakir dalam kawasan itu.

Dalam satu komen, pemilik Camry yang tidak berdosa itu, Julius Wong Yew Mun memaklumkan kereta miliknya telah dirempuh oleh sebuah Myvi yang dipandu oleh seorang “Ah Pek” (warga emas) berusia 72 tahun yang memandu secara melulu dan laju.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Dia yang berang dengan kejadian tersebut berkata, lesen warga emas itu sepatutnya digantung dan tidak dibenarkan untuk memandu lagi kerana cara pemanduannya yang boleh membahayakan orang lain. Selain itu dia juga  mahu mendapatkan khidmat peguam dan bakal mengemukakan tuntutan saman kerana kejadian tersebut telah mengakibatkannya mengalami trauma secara emosi.

Semoga perkara kejadian dijadikan pengajaran. Jangan nak sedap tekan pedal minyak je, dah tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa keadaan. Bertabahlah wahai pemilik Camry, semoga anda mendapat pembelaan sewajarnya.

Benda boleh gaduh, buat apa runding lagi kan? Sedap sangat jadi ‘batu api’, hahaha…

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • 1. Polis kena siasat juga kes Langgar lampu merah.
    2. Memang laju sangat nampaknya tu, kalau nak corner ke kiri, mustahil sempat membelok. VSC pun tak dapat nak bantu.

Leave a Reply