ARKIB

KATEGORI

Tular

Gara-gara muatnaik swafoto bersama Tesla Model Y, Instagram Tony Fernandes diserang ‘Laskar Bawang’ tuntut bayaran balik

Tular

Views

Warganet Malaysia atau ‘Laskar Bawang‘ memang terkenal dengan serangan ‘tanpa belas kasihan’ di media sosial hingga membuatkan ramai pihak ‘koyak’ termasuk pempengaruh media sosial dan Angkatan Pertahanan Israel (IDF).

Ramai selebriti juga yang pernah menjadi mangsa serangan ‘Laskar Bawang’ ini, yang terbaharu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menurut portal The Vocket, gara-gara memuatnaik swafoto bersama sebuah Tesla Model Y berwarna putih, laman Instagram miliknya telah diserang oleh ‘Laskar Bawang’ yang rata-rata menuntut bayaran balik wang tiket penerbangan mereka yang ditempah sebelum ini.

Mereka dikatakan berang dengan layanan syarikat penerbangan tambang murah itu yang hanya mengeluarkan bayaran balik tiket penerbangan yang tidak digunakan dalam bentuk kredit AirAsia.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Bagaimanapun, Tony Fernandes tampil untuk memberi penjelasan mengenai foto tersebut dan menurutnya, Tesla Model Y itu adalah kereta yang disewanya untuk tempoh dua minggu.

Harga jualan model SUV bersaiz-sederhana ini adalah $55,190 (RM229,315) dan tidak dipastikan berapa kos yang telah dibelanjakan oleh Tony untuk menyewa kenderaan elektrik itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply