ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara ‘OCH pecah’ sampai melarat ke enjin, Exora tersadai lebih 63 hari di pusat servis berpunca dari kelewatan alat ganti?

Tular

Views

Nampaknya isu kekurangan alat ganti semakin ‘menghantui’ pemilik kenderaan keluaran Proton. Yang terbaharu, pemilik akaun Facebook bernama Mohammad Solihin pula meluahkan rasa marah dan kecewanya di laman group EOCM (Exora Owners Club Malaysia).

Menurut Mohammad Solihin, Proton Exora miliknya telah tersadai lebih 63 hari di pusat servis. Dalam masa yang sama juga dia terpaksa membayar ansuran bulanan dan masih ternanti-nanti bilakah keretanya akan disiapkan.

Kalau diikutkan, dia telah membuat tuntutan untuk mendapatkan gantian unit enjin baharu. Namun, dia hairan mengapa alat ganti datang secara berperingkat-berperingkat.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Katanya, masalah kerosakan keretanya berpunca dari hos penyejuk minyak (OCH) yang pecah dan kemudiannya merebak ke dalam enjin. Jelasnya OCH Exoranya pecah pada 26 November 2021 dan mula menuntut alat ganti pada 3 Januari 2022 sehingga ke hari ini.

Apabila dia bertanya kepada pusat servis berkenaan, ia akan ditolak ke ibu pejabat, ditolak ke Bahagian Pengurusan Waranti dan kemudiannya ditolak pula ke Pusat Alat Ganti Proton sehingga ke kilang yang mengukir nombor enjin.

Tambahnya, apabila ditanya pada pusat servis, mereka hanya akan menjawab ‘tidak tahu’ bilakah semua alat ganti akan sampai dan mereka cuma ditugaskan untuk memasangnya sahaja.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Bila diminta senarai alat ganti yang telah dihantar, pihak pusat servis hanya menyuruhnya untuk terus membuat aduan ke ibu pejabat. Apabila sampai di ibu pejabat, jawapan yang sama juga diberikan kepadanya dan mereka hanya menerima aduan sahaja.

Tambahnya lagi, dia sedih melihat keadaan Exoranya yang seakan ‘tukun mayat hidup’ selepas komponen enjin telah dileraikan dan disimpan dalam keretanya.

Dia berharap agar ada pihak yang sudi membantu dan menghubunginya menerusi WhatsApp di 011-23409221. Kami berharap pihak Proton dapat membantu menyelesaikan masalah ini kerana mereka telah berjanji untuk menangani isu alat ganti dengan segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohammad Solihin

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply