ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara rancang bawa manusia dan haiwan ke Marikh dengan ‘Bahtera Nuh Futuristik’, Elon Musk diejek para saintis

Berita Global

Views

Rancangan bilionair, Elon Musk untuk membawa roket yang diberi gelaran ‘Bahtera Nuh Futuristik’ ke Marikh diejek saintis yang mengatakan ia sebagai satu tindakan sia-sia dan amat sukar dicapai.

Menurut Utusan Online, DailyMail melaporkan, Musk, 50, memberitahu majalah Time bahawa beliau mempunyai rancangan besar untuk fasa penerokaan angkasa lepas selepas roket Starship SpaceX mendarat di Marikh dalam tempoh lima tahun akan datang.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, perkara yang benar-benar besar seterusnya adalah untuk membina sebuah bandar di Marikh dan membawa haiwan serta makhluk Bumi ke sana. Tambahnya, ia seperti bahtera Nuh yang futuristik.

Bilionair itu telah berulang kali mengatakan bahawa beliau berharap dapat membantu manusia menjajah Marikh apabila sumber Bumi semakin berkurangan dan perubahan iklim menjadi lebih buruk.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Matlamat keseluruhannya adalah untuk menjadikan kehidupan berbilang planet dan membolehkan manusia menjadi tamadun angkasa lepas. Musk berkata demikian dalam wawancara Time dan beliau menjelaskan akan membawa haiwan serta tumbuhan ke planet itu.

Usaha itu mendapat kritikan pakar yang ragu-ragu dengan usaha menternak haiwan di planet tanpa oksigen. Sainstis lain turut berkata, rancangan itu ‘beratus-ratus tahun lagi untuk membuahkan hasil’.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply