ARKIB

KATEGORI

Tular

Garisan jalan jadi bengkok gara-gara cikgu pencen bina parkir haram ‘makan jalan’

Tular

Views

Portal Malaysia Gazette melaporkan, seorang guru bersara bukan sahaja membina parkir tanpa kebenaran, tetapi turut “memakan” jalan di hadapan rumah. Kejadian yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perumahan di Taman Intan di Kluang, Johor itu menyebabkan kerja mengecat garisan jalan tidak dapat dilakukan dengan sempurna, malah mewujudkan garisan yang bengkok.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Penduduk tempatan memberitahu China Press, pembinaan haram itu telah berlarutan sejak beberapa tahun namun tiada orang yang tampil membuat aduan. Kejadian itu hanya mendapat perhatian apabila kontraktor berdepan masalah ketika mahu mengecat garisan jalan.

Difahamkan pemilik rumah yang merupakan seorang guru bersara telah membina parkir secara haram sehingga “memakan” jalan raya di hadapan rumah. Sehubungan itu, pihak majlis perbandaran telah mengeluarkan notis mengarahkan pemilik rumah merobohkan struktur binaan haram yang menghalang jalan dalam tempoh 72 hari.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Kegagalan pemilik rumah berbuat demikian akan mengundang tindakan meroboh oleh pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun, seorang jurutera dari majlis perbandaran memberitahu, pemilik rumah seakan-akan tidak mahu memberi kerjasama.

Jurutera itu juga kecewa kerana pemilik rumah mempunyai tabiat menyimpan barang dan terdapat banyak tempat takungan air di kawasan simpanan itu sehingga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sudin Samsudin

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply