Shell Malaysia Trading Sdn Bhd menambah baik pengalaman beli-belah secara dalam talian dengan melancarkan gedung rasmi mereka di Shopee Mall. Langkah ini membolehkan pelanggan membeli terus daripada Shell selaku pemilik jenama dan ia semestinya ori!
Antara pilihan minyak pelincir premium Shell ditawarkan ialah rangkaian baharu kelikatan rendah 0W iaitu Shell Helix Power, Shell Helix Protect dan Shell Helix ECO. Semua minyak pelincir Shell dijual melalui Gedung Rasmi Shell Lubes di Shopee Mall dijamin 100 peratus tulen dan didatangkan dengan polisi pemulangan percuma selama 15 hari serta penghantaran percuma ke seluruh negara.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
Dengan adanya ciri Jaminan Shopee, bayaran kepada Shell Malaysia hanya akan dibuat selepas para pembeli mengesahkan ketulenan barangan yang diterima dan berada dalam keadaan baik. Gedung dalam talian ini akan menawarkan lebih banyak produk selain minyak pelincir tulen Shell Helix dan minyak enjin motosikal Shell Advance dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’.
Tidak lama lagi, gedung ini akan menawarkan pelbagai produk runcit seperti barangan Shell serta produk Shell SELECT. Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew, berkata mereka berharap kerjasama dengan Shopee akan membolehkan pihaknya meneroka potensi pasaran dalam talian dan menghubungkannya dengan rangkaian bengkel luar talian dan stesen peruncitan.
Menurut Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, pihaknya akan menyokong pelancaran gedung rasmi Shell dengan sistem integrasi penuh pembayaran dan penyelesaian logistik, medium pemasaran dalam aplikasi, pendedahan melalui kempen seperti Festival Jenama Shopee 10.10 dan banyak lagi untuk menyokong perniagaan dan objektif e-dagang mereka.
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
Shell Malaysia secara aktif memantau minyak pelincir dijual secara dalam talian menerusi pemantauan ketat ke atas pelbagai e-pasaran, pihak syarikat berjaya membanteras 179 kedai dalam talian dan memadamkan 278 senarai dalam talian pada separuh pertama 2020.
Pada 23 Julai 2020, Shell Malaysia bekerjasama rapat dengan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), berjaya menyerbu satu lokasi jualan minyak pelincir tiruan. Bungkusan kurier mengandungi minyak enjin untuk dikirim kepada para pembeli dalam talian dari seluruh Malaysia ditemui di premis itu.
Shell Malaysia menasihatkan para pengguna melindungi diri semasa pembelian dalam talian dengan membeli produk minyak pelincir Shell tulen dari Gedung Rasmi Shell Lubes di Shopee https://shopee.com.my/shelllubesofficial.os beserta label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ dengan kod QR yang boleh disahkan melalui SHARE di laman web www.shell.com.my/share.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
KOMEN TERKINI