ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Geely Bin Rui dan SX11 – Fakta ringkas bakal dua model Proton masa depan

Views

Setelah berjaya membina senibina pelantar untuk kenderaan kecil kompak terbaharu mereka yang dinamakan sebagai B-segment Modular Architecture (BMA), Geely Auto mengesahkan dua model pertama yang dibina dari pelantar tersebut bakal diperkenalkan tahun ini. Dua model tersebut adalah model sedan kompak, Bin Rui dan crossover SUV dengan namakod SX11.

BMA merupakan senibina modular global sepenuhnya yang dibangunkan sendiri oleh Geely Auto dan bakal mengambil peranan penting bagi strategi pembangunan produk untuk pasaran global. Pengenalan dan penggunaannya akan mempercepatkan kitaran pembangunan model daripada Kumpulan Geely Auto selain meningkatkan kualiti produk melangkaui seleuruh Kumpulan.

Geely akan memanfaatkan BMA untuk menyediakan penawaran produk yang lebih mantap ke pasaran global dan menyokong Geely dalam mencapai matlamat strategi “20200” mereka untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 2 juta unit menjelang 2020. BMA akan menjadi asas kepada pembangunan kenderaan secara global dalam segmen-B dan akan diterjemahkan kepada beberapa model seperti Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), sedan, crossover, wagon dan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV). Model yang dibangunkan daripada pelantar tersebut akan mempunyai jarak roda pendek bermula dari 2550mm sehingga yang paling panjang 2700mm.

JOM BACA >> PANDU UJI : Kia Sorento Sesat Masuk Jalan Balak Ke Givi Rimba Raid

Pelbagai pilihan nadi kuasa boleh digunapakai pada pelantar BMA, termasuklah enjin pembakaran dalaman tradisional seperti enjin Geely 1.0TD, 1.4T, 1.5TD dan penjana kuasa hibrid seperti Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), Hybrid Electric (HEV) dan Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV).

Model sulung yang dibangunkan dari pelantar BMA, Bin Rui sedan yang telah dipertontonkan kepada media terpilih awal tahun ini disasarkan untuk segmen kompak, khusus kepada pengguna yang lebih muda kerana reka bentuknya yang lebih sporty, pengalaman memandu yang dinamik dan teknologi dalaman yang tinggi. Model kedua SUV crossover SX11 yang bakal diperkenalkan secara rasmi pada penghujung tahun ini pula akan dijana oleh enjin 1.5TD yang biganunkan secara usahasama antara Geely Auto dan Volvo Cars.

Dalam ujian penanda aras sebelum ini, SX11 berjaya mencatatkan kadar purata pecutan 7.9 saat dari 0-100 km/h. jauh lebih pantas mengatasi pencabarnya termasuklah dari beberapa model jenama mewah lain seperti Audi Q3 (9.31s), BMW X1 (9.56s), dan Mercedes-Benz GLA (8.72s).

Enjin 1.5TD yang dibangunkan bersama itu menggunakan SX11 sebagai ujian penanda aras menggunakan turbo inersia-rendah dan sistem pembakaran suntikan langsung dalam silinder. Kedua-dua model Bin Rui sedan dan crossover SX11 akan diperkenalkan secara rasmi pada suku ketiga dan keempat tahun 2018.

Kami menjangkakan crossover SX11 bakal menjadi asas kepada model SUV kedua Proton yang bakal berentap dengan Honda HR-V dan Toyota C-HR seawal tahun hadapan, manakala model Bin Rui sedan mungkin akan menjadi asas kepada model gantian Persona setahun selepas itu. Model gantian Iriz dan Saga pula akan menyusul setahun selepas itu sekiranya segala perancangan berjalan lancar. Kita nantikan!

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply