ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Boyue facelift 2024 dilancar di China, bayangan awal Proton X70 generasi baharu

Berita Global

Views

Di kala penduduk di Malaysia masih lagi ternanti-nanti bilakah kemunculan rasmi Proton X70 MC2 (Minor Change), warga tanah besar China telah menerima model facelift, generasi kedua kembarnya iaitu Geely Boyue 2024.

Empat pilihan varian ditawarkan, dengan harga bermula dari 92,800 hingga 118,800 yuan (RM60,235 hingga RM77,111) dengan tambahan satu warna baharu iaitu, Provence Purple.

Dari segi penampilan, Geely Boyue facelift masih membawa imej model sebelumnya, dengan jeriji hadapan bercorak ‘seakan sisik’-kemasan hitam dan lampu gaya tembus dot-matrix.

Bahagian sisi badan menggunakan reka bentuk dwitona dengan kit badan kemasan hitam termasuk bumbung, rim hitam bersaiz 19-inci, angkup brek kemasan merah, dan spoiler belakang rekaan baharu yang lebih sporty.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Dimensi model ini juga tidak berubah, dengan mengekalkan ukuran 4,510 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,701 mm.

Model ini dibina berasaskan pelantar seni bina elektronik dan elektrik GEEA2.0. Rekaan dalamannya juga tidak berubah dengan tambahan warna, Provence Purple.

Ia dilengkapi dengan panel instrumen LCD penuh bersaiz 10.25 inci, skrin 2K bersaiz 13.2 inci (dilengkapi dengan cip Qualcomm Snapdragon 8155 dan sistem Galaxy OS 2.0), keupayaan kawalan jauh, pemantau tekanan tayar, Bluetooth, interaksi suara pintar, rangkaian Wifi/4G kereta, cermin sisi boleh dilipat secara elektrik.

Varian pertengahan dan mercu pula dilengkapi fungsi bantuan pemanduan termaju yang merangkumi brek aktif, bantuan kekal lorong, bantuan tengah lorong, pengecaman tanda trafik dan jelajah adaptif berkelajuan penuh.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Konfigurasi lain termasuklah pengecasan nirwayar, peringatan keletihan pemandu dan pintu belakang elektrik. Sistem audio dari jenama Infinity juga hanya tersedia pada varian mercu.

Model ini masih mengekalkan enjin empat silinder 1.5 Turbo dengan output maksimum 181 kuasa kuda dan daya kilas puncak 290 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (DCT).

Penggunaan bahan api adalah serendah 6.29L/100km (WLTC) dan kapasiti tangki bahan api ialah 51 liter. Empat mod pemanduan turut ditawarkan, iaitu Economy, Comfort, Sports, dan Smart.

Siri Geely Boyue berjaya mencatatkan jualan terkumpul mencecah 42,005 unit dari Januari hingga Mei 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply