ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Coolray dilancarkan secara rasmi di Filipina

Berita Global

Views

Nampaknya Filipina terlebih dahulu ‘menyailang’ crossover SUV kompak yang paling dinanti-nantikan di bumi Malaysia. Baru-baru ini Geely Auto (Geely) melancarkan model crossover kompak Geely Coolray (Geely Bin Yue @ SX11) yang diedarkan oleh rakan niaga mereka di negara tersebut, Sojitz G Auto Philippines.

Perjanjian usahasama pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan bersama konglomerat Jepun, Sojitz Corporation telah dimeterai pada Julai 2019. Sojitz mempunyai pengalaman selama 60 tahun dalam pasaran automotif Filipina dan mereka telah membina pusat pengedaran 4S yang mematuhi standard global Geely. Ia bakal dikembangkan secara berperingkat di bandar-bandar besar di seluruh negara itu pada masa terdekat.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Di China, model ini dikenali sebagai Bin Yue @ SX11 dan ia telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa lapan bulan setengah, dengan purata jualan 10,000 unit sebulan. Coolray dibina dari pelantar global Senibina Modular Segmen-B (BMA) yang dibangunkan sendiri oleh Geely. Menerusi pelantar ini, Coolray mampu menampung penjana tenaga terkini dan paling maju yang dibangunkan bersama oleh Geely Auto dan Volvo Cars termasuklah pilihan hibrid plug-in dan hibrid ringan.

Untuk pasaran Filipina, Coolray dijana oleh enjin 1.5L Turbo Pancitan Terus yang menghasilkan 130kW kuasa dan 255 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan dengan kotak gear automatik dwi klac 7-kelajuan (7DCT) yang dibangunkan di Pusat Teknologi Kenderaan China Euro milik Geely di Gothenburg, Sweden. Kotak gear ini dikatakan 97 peratus lebih cekap dan membolehkan Coolray memecut dari pegun ke 100km/j hanya dalam masa 7.9 saat. Penggunaan minyak kombinasi pemandua di bandar/lebuh raya pula hanya 6.1L/100km.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Selain itu, Coolray turut didatangkan dengan pelbagai ciri pintar seperti bantuan pakir automatik sepenuhnya dengan kamera 360˚ yang membolehkan kenderaan ini membuat pakir selari hanya dengan menekan butang. Selain itu pengesan titik buta juga memastikan laluan selamat ketika menukar lorong atau membuka pintu.

Model ini dijangka tiba sebagai Proton X50 pada tahun hadapan. Pada ketika ini, ujian sedang giat dijalankan, dan sudah beberapa kali kami menyiarkan kelibat kenderaan ujian berceloreng ditemui oleh rakan pembaca di sekitar Semenanjung Malaysia.

Mungkinkah Proton X50 nanti bakal dikenali dengan nama MatCool? Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply