ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely dan Volvo umum kerjasama baharu dikenali sebagai Aurobay – Sasar untuk menjadi pembekal trenkuasa global

Berita Global

Views

Geely Holding dan anak syarikatnya Volvo Cars telah bersetuju untuk mengadakan usaha sama di bawah nama Aurobay untuk operasi trenkuasa setelah kedua-duanya meneruskan rancangan awal mereka untuk bergabung menjadi satu entiti perniagaan.

Syarikat baharu ini akan berperanan sebagai pembekal global untuk penyelesaian trenkuasa termasuklah enjin pembakaran dalaman generasi baharu, transmisi dan penyelesaian hibrid. Aurobay akan dimiliki bersama oleh Volvo Cars dan Geely Holding.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Volvo Cars akan memindahkan segala aset dalam anak syarikatnya, Powertrain Engineering Sweden termasuk kilang pengeluaran enjin yang berpangkalan di Skövde, Sweden bersama pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), selain kilang enjin di China dan lain-lain aset ke dalam usahasama tersebut dalam tempoh beberapa bulan akan datang

Kerjasama ini membolehkan Volvo Cars untuk menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan kereta elektrik premium pada masa akan datang. Syarikat tersebut menyasarkan 50 peratus dari jumlah jualan globalnya dari kereta elektrik menjelang 2025, manakala bakinya adalah hibrid dan juga trenkuasa yang dibekalkan oleh Aurobay.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menjelang 2030, Volvo Cars merancang untuk menjual kereta elektrik sepenuhnya. Bagi Geely Holding pula, entiti baharu ini akan mendapat manfaat daripada penambahan pasukan R&D yang kuat dan enjin pembakaran yang canggih dan cekap dari segi teknologi dan trenkuasa hibrid untuk portfolio jenamanya, sekali gus mewujudkan asas yang kukuh untuk sinergi operasi, industri dan kewangan.

Syarikat ini juga juga bercita-cita untuk menjadi pembekal buat pelanggan di luar Geely Holding Group dan bertujuan untuk menjadi pemain terkemuka dalam penyediaan penyelesaian enjin berkualiti tinggi, rendah emisi dan kos efektif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply