ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Galaxy dilancarkan, bakal perkenal tujuh model baharu dalam tempoh dua tahun

Berita Global

Views

Geely Auto Group (Geely Auto) secara rasmi melancarkan siri produk elektrik mewah baharu, Geely Galaxy dalam suatu majlis yang bertempat di Hangzhou semalam.

Model pertamanya, iaitu SUV PHEV jarak jauh Galaxy L7, dan model konsep elektrik sepenuhnya, Galaxy Light telah diperkenalkan semasa acara tersebut.

Pada majlis itu, Geely Auto turut memperkenalkan pelbagai teknologi elektrifikasi termaju baharu, termasuk sistem keselamatan bateri Aegis baharu, rangkaian kuasa NordThor Hybrid 8848 dan sistem operasi kenderaan pintar, Galaxy N-OS.

Produk Geely Galaxy dibangunkan daripada seni bina elektrik pintar khusus serta E-CMA, untuk rangkaian produk hibrid jarak jauh.

Barisan model Geely Galaxy turut menerapkan bahasa reka bentuk baharu futuristik, yang dicipta khusus untuk rangkaian model elektrik pintarnya. Geely Galaxy dijangka memperkenalkan tujuh model kenderaan baharu dalam tempoh dua tahun akan datang

Daripada tujuh produk baharu yang dirancang, empat merupakan model elektrik hibrid jarak jauh termasuk SUV Galaxy L7 dan sedan L6, yang akan mula dihantar kepada pemiliknya menjelang suku kedua dan ketiga 2023.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Selebihnya adalah tiga model akan datang di bawah julat galaksi E tulen, dengan model sulungnya iaitu Galaxy E8 dijadualkan untuk penghantaran pada suku keempat 2023.

Siri Galaxy akan menjadi yang pertama dari jenama itu untuk menggunakan sistem keselamatan bateri Aegis Geely yang menawarkan tahap tertinggi perlindungan pengguna serta ketenangan minda di sepanjang hayat unit bateri.

Sistem keselamatan bateri ini akan melindungi bateri daripada kesan langsung kerosakan. Ia boleh meramal dengan tepat dan mendahului pengaliran haba dan situasi lain, sekali gus meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 20 peratus.

Pelancaran siri Geely Galaxy turut memperkenalkan generasi terkini enjin hibrid khusus NordThor Geely Auto, NordThor 8848 yang telah mencapai kecekapan haba puncak sebanyak 44.26 peratus.

Rangkaian kuasa NordThor 8848 menggunakan sistem ramalan pengurusan tenaga, pertama seumpamanya dalam industri bagi meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 15 peratus.

Digandingkan bersama dengan transmisi hibrid khusus (DHT) tiga-kelajuan NordThor, rangkaian kuasa hibrid NordThor menawarkan kepada pengguna gabungan prestasi dan penjimatan bahan api yang terbaik.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Ini membolehkan Galaxy L7 mencapai kelajuan tertinggi pada 200km/j dan daya pecutan dari 0-100km/j dalam masa 7.5 saat. Kadar penggunaan bahan api sebenar telah diuji untuk mencapai 5.23L/100km,

Ia juga membolehkan Galaxy L7 mencapai jarak tempuh sehingga 1,370 km untuk satu tangki penuh bahan api dengan pemanduan hibrid. Julat bateri elektrik tulennya pula hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, Sistem Operasi N Galaxy terbaharu turut diperkenalkan. Ia dibangunkan selaras dengan strategi Smart Geely 2025, di mana Geely Auto menumpukan banyak perhatian kepada pembangunan sendiri cip, sistem pengendalian, pengkomputeran awan pintar dan rangkaian satelit.

Disokong oleh cip kenderaan Qualcomm Snapdragon 8155, Galaxy N OS membolehkan masa permulaan dan masa tindak balas sistem terpantas dalam kelasnya, hanya 0.5 saat untuk mencapai keadaan sedia beroperasi.

Dibantu pula dengan rangkaian satelit Geely Holding Group, kenderaan Geely Galaxy mempunyai akses kepada kedudukan ketepatan jitu dan peta berketepatan tinggi bagi membantu fungsi pemanduan pintar.

Dijangka menjelang 2025, Geely Holding Group akan melengkapkan pelancaran rangkaian 72 unit satelitnya, memberikan liputan global penuh untuk model Galaxy.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply