ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Galaxy L6 didedahkan oleh portal MIIT China, ini bakal calon sedan PHEV Proton e.MAS ke?

Berita Global

Views

Ini merupakan model kedua dari Geely selepas Galaxy Starship 7 yang akan menggunakan sistem PHEV generasi kedua NordThor 2.0, iaitu model sedan Galaxy L6.

Menurut CarNewsChina, model ini telah didedahkan oleh portal rasmi Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.

Galaxy L6 bukanlah model baharu sepenuhnya, namun semua model baharu dan beberapa perubahan kepada konfigurasi model sedia ada perlu mendapat kelulusan daripada MIIT terlebih dahulu.

Dari segi dimensi, Galaxy L6 berukuran 4,782 mm panjang, 1,875 mm lebar, dan 1,489 mm tinggi, manakala jarak gandar rodanya 2,752 mm. Ini bermakna dimensinya masih lagi sama seperti model sebelumnya.

Jualan model ini telah bermula sejak September 2023 dan ia hanya ditawarkan dalam versi PHEV sahaja. Buat masa ini ia ditawarkan sama ada dengan pek bateri 9.12 kWj atau 18.75 kWj.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Setakat ini, hanya terdapat satu versi yang dikuasakan oleh NordThor 2.0, yang bakal menggantikan versi dengan pek bateri yang lebih kecil.

Galaxy L6 EM-i mempunyai pek bateri dengan kapasiti hanya 8.5 kWj. Pek bateri tersebut menggunakan sel lithium besi fosfat (LFP).

Jarak pemanduan elektrik sepenuhnya yang diperolehi daripada pengawal selia (WLTC) nampaknya tidak berubah pada 48 km.

Namun, berat kenderaan kini hanya 1,570 kg berbanding 1,680 kg untuk versi semasa dengan pek bateri 9.12 kWj.

Selain itu, penggunaan bahan api dengan setelah bateri habis menurun daripada 4.55 l/100 km kepada 3.8 l/100 km. Ini bermakna versi baharunya mempunyai jarak pemanduan menyeluruh yang lebih jauh.

Geely mendakwa Galaxy Starship 7 mampu mencapai lebih 2,000 km, dan L6 dijangka mampu melebihi angka tersebut. Sistem PHEV ini menggunakan enjin BHE15-BFN 1.5 liter dengan kuasa maksimum 82 kW.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Walau bagaimanapun, perincian mengenai motor elektriknya tidak didedahkan. Namun, buat masa ini ia menggunakan motor 107 kW dengan 338 Nm daya kilas.

Model L6 didatangkan dengan pilihan rim, sama ada bersaiz 16 atau 17 inci. Lebih menarik, ia turut ditawarkan dengan pilihan spoiler belakang reka bentuk yang agak sporty.

Versi baharu ini berkemungkinan besar akan menggantikan model L6 sedia ada yang dijual pada harga 99,800 yuan (RM60,925). Adakah Galaxy L6 baharu ini bakal menjadi model baharu Proton e.MAS selepas e.MAS 7?.

Proton telah mendaftarkan beberapa tanda dagang baharu atas nama e.MAS 3e.MAS 5 dan e.MAS 7 PHEV menerusi tiga kategori di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars pernah menyiarkan iklan acah tiga siluet bakal modelnya, dan salah satunya berbentuk sedan, manakala selebihnya berbentuk SUV dan hatchback.

Adakah model sedan ini bakal calon sedan PHEV Proton e.MAS pada masa akan datang? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIIT

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply