Ini dia pesaing kepada BYD Dolphin dan Wuling Bingo dalam segmen hatchback padat iaitu, Geely Geome Xingyuan.
Model yang bakal dilancarkan pada Ogos ini mungkin juga dikenali dengan nama “Paipai” atau “Totoro“, berdasarkan pada lambang pada bahagian belakang.
Baru-baru ini, unit ujiannya telah dikesan sedang menjalani ujian suhu tinggi di Turpan, di Wilayah Autonomi Xinjiang.
Sekilas pandang, gaya reka bentuk Geome Xingyuan agak ‘comel’ dan mirip dengan smart #1 dan pesaing terdekatnya, iaitu Wuling Bingo.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Dari segi dimensi, Geome Xingyuan berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,650 mm. Berat kerbnya pula ialah 1,215 kg dan 1,285 kg.
Ia ditawarkan dengan pilihan warna badan tona tunggal atau dwitona, termasuk sembilan (9) pilihan rekaan rim yang merangkumi rekaan empat-jejari, lima-jejari dan enam-jejari.
Penggayaan hadapannya menampilkan rekaan lampu berbentuk segitiga berbucu bulat yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan lampu belakang.
Model hatchback ini mempunyai lima tempat duduk dan turut ditawarkan dengan pilihan radar dan juga kamera.
Geome Xingyuan didatangkan dengan suspensi bebas yang merupakan ciri standard untuk semua varian, sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1, dan sistem kokpit pintar Flyme Auto.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik tunggal dengan pilihan output 78 kuasa kuda atau 114 kuasa kuda dan ia dikuasakan oleh pek bateri 30.12 kWj atau 40.16 kWj (sama ada bateri Aegis atau dibekalkan oleh CATL).
Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu memberikan jarak pandu antara 310 km dan 410 km (kitaran CLTC) dengan kelajuan maksima 135 km/j.
Spekulasi di laman maya mengatakan, harga yang bakal ditawarkan untuk model ini nanti berkemungkinan sekitar 80,000 yuan (RM50,000).
Adakah Geome Xingyuan bakal mempunyai versi pemanduan kanan (RHD), selain pemanduan kiri (LHD)? Sekiranya ada, mungkin ia berpotensi sebagai calon model EV kedua untuk Proton e.MAS. selepas e.MAS 7.
Model hatchback ini juga boleh menjadi pencabar terkuat kepada model EV pertama keluaran Perodua yang dijangka bakal dilancarkan pada 2025.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit CarNewsChina dan ShiftDelete
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI