ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely lancar Bo Yue Asian Games Edition – Pinjam jeriji Infinite Weave, casis ditala oleh Lotus

Berita Global

Views

Nampaknya abang kepada Proton X70, Geely Bo Yue baru-baru ini mendapat satu versi edisi terhad yang dihasilkan sempena temasya Sukan Asia ke-19 yang bakal dilangsungkan di Hangzhou, China tahun depan, dikenali sebagai Bo Yue Asian Games Edition.

Rakan strategik Proton itu juga telah dipilih sebagai salah satu penaja acara sukan terbesar di Asia itu dan turut membekalkan model sedan Geely Preface (Xing Rui) sebagai kenderaan rasmi kejohanan. Untuk model Bo Yue Asian Games Edition, ia diberikan beberapa sentuhan istimewa bagi membezakannya dengan model sedia ada.

Paling mencuri tumpuan kami adalah kemasan pada bahagian jerijinya yang menggunakan elemen Infinite Weave pada model kembarnya X70. Ini bukanlah kali pertama Infinite Weave dipinjam oleh Geely kerana sebelum ini, Edisi 1 Juta Bo Yue juga menggunakan elemen tersebut.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Seperti model edisi khas Proton, Geely pula menampilkan kemasan hitam dengan calitan merah di beberapa bahagian tertentu, sebagai contoh jeriji dan pelindung plastik pada bahagian bawah pintu selain kemasan bar pada bahagian belakang dihiasi dengan kemasan berwana hitam.

Jika anda perasan, di bahagian konsol tengah papan pemukanya ada sedikit perubahan dan berbeza dengan versi Bo Yue PRO yang nampak lebih moden dan eksklusif. Terdapat satu skrin unit infotainmen GKUI dengan skrin 10.25-inci berada ditengah serta kemasan hitam piano berkilat dengan jejalur krom merentangi tengah papan pemuka hingga ke corong pendingin hawa.

Selain itu, kemasan tempat duduk model ini diberikan balutan kulit berwarna coklat. Paling istimewa, casis model ini turut menerima sentuhan talaan dari pengeluar kereta sports terkemuka dari British, iaitu Lotus. Jika dulu Proton begitu sinonim dengan “Lotus Ride and Handling“, kini subkerangka belakang model Bo Yue telah dirombak semula menjadi 20 peratus lebih kukuh dan 25 peratus lebih ringan.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Model ini masih mengekalkan enjin 1.8 liter empat-silinder turbo GDI yang mampu menghasilkan 184 PS dan daya kilas maksima 300 Nm. Ia digandingkan dengan pilihan transmisi gear enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan dwicekam (7-DCT).

Geely Boyue Asian Games Edition versi manual dijual pada harga 91,800 yuan (RM58,219), manakala dwicekam pula berharga 108,800 yuan (RM69,000). Antara ciri-ciri standard lain pada model edisi khas ini adalah paparan meter digital, tempat duduk hadapan dengan pelaras elektrik, bumbung panaromik, sistem pendingin hawa dwizon dan penapis kabin N95.

Eh, kejap. Adakah kemasan peubahan pada papan pemuka memberi petanda awal apa yang berubah pada model X70 MC1 (Minor Change 1) nanti? Kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply