ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely lancar trak tugas berat metanol M100 pertama di dunia

Berita Global

Views

Anak syarikat Geely New Energy Commercial Vehicle Group (GCV), Yuan Cheng Auto semalam telah mengumumkan pelancaran dan jualan trak tugas berat metanol pertama di dunia, M100 yang dikeluarkan di kilang milik GCV di Nanchong. Trak komersial ini ditawarkan dalam tiga varian, standard, mountain, dan versi regional logistic.

Trak ini dikuasakan oleh enjin metanol M100 yang lebih mesra alam berbanding diesel. Selama 15 tahun Geely telah membangunkan penjana tenaga metanol dan memiliki hak harta intelek sepenuhnya untuk teknologi bahan bakar metanol M100. Trak Yuan Cheng ini dkuasakan oleh enjin tugas berat Weichai dengan teknologi kuasa metanol Geely.

Enjin ini mempunyai penarafan seumur hidup B10 melebihi 1 juta kilometer dan menggunakan komponen yang sama seperti trak yang dikeluarkan oleh pengeluar trak tugas berat arus perdana. Dari segi prestasi kuasa, trak ini menggunakan enjin bersesaran besar 12.54L dengan kuasa maksimum 460PS dan mampu mendaki cerun 30° berbanding dengan model diesel semasa.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Selain itu, ia turut menggunakan teknologi canggih seperti pengecas turbo penyejukan dalaman (intercooler), kawalan nisbah bahan bakar udara-gelung tertutup, sistem penyejukan EGR, dan penukar bermangkin tiga-hala yang berjaya memberikan prestasi tinggi, penggunaan bahan bakar yang rendah, keandalan yang tinggi dan emisi yang rendah.

Dengan operasi standard, pengguna trak ini bakal menyaksikan penjimatan yang ketara sekitar 18 peratus berbanding diesel. Berdasarkan jarak operasi tahunan 150,000 km dan harga metanol pada 2,500 RMB (RM1,536) se tan, manakala setiap tahun penggunanya mampu menjimatkan kos lebih 45,000 RMB (RM27,655).

Trak ini direka oleh rangkaian reka bentuk global Geely yang menampilkan rekaan estetik “intuitif”. Rupa parasnya yang minimalis menggambarkannya sebuah trak yang mesra alam. Beberapa ciri utilitarian yang ada padanya seperti lencana yang menyala pada waktu malam untuk meningkatkan penglihatan dan penggunaan bahan tidak-melekat sekeliling cermin hadapan, pemegang pintu dan cermin sisi mampu mencegah lumpur daripada melekat pada bahagian tersebut dan meningkatkan keselamatan semasa hujan dan salji.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Struktur kerangka trak ini pula menepati peraturan perlanggaran Eropah ECE R29-03. Selain itu, kamera yang dipasang di bawah cermin sisi kiri dan kanan bakal menyelesaikan masalah titik buta. Pengenalan kenderaan komersil metanol ini merupakan misi penting untuk kumpulan Geely New Energy Commercial Vehicle dan pada masa hadapan mereka akan memperkenalkan pelbagai barisan produknya termasuk traktor, trak dump dan flatbed serta membangunkan teknologi bahan bakar hibrid metanol dan hidrogen metanol.

Presiden Kumpulan Geely New Energy Commercial Vehicle, Zhou Jianqun berkata pelancaran trak tugas berat metanol M100 pertama di dunia ini menandakan kemasukan Geely ke segmen kenderaan komersial dan secara rasminya memperkenalkan kenderaan komersial berkuasa metanol. Ia bakal menjadi kenderaan komersial yang paling selamat, mesra alam dan cekap tenaga di pasaran.

Geely New Energy Commercial Vehicle Group (GCV) yang ditubuhkan pada 2016 merupakan anak syarikat Kumpulan Zhejiang Geely Holding yang menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, jualan dan penyelenggaraan kenderaan komersial tenaga baharu. Jenama yang berada di bawah syarikat tersebut adalah London Electric Vehicle Company and Yuan Cheng.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply