ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely pertonton Coolray GT Limited Edition, kembar Proton X50 versi ‘Ah Beng’

Berita Global

Views

Geely Filipina baru-baru ini telah mempertontonkan varian edisi terhad terbaharu, kembar kepada Proton X50 iaitu Coolray GT Limited Edition.

Menurut portal permotoran carguide.ph, model ini dilengkapi dengan beberapa aksesori aftermarket.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Model yang berasaskan Coolray Premium itu didatangkan dengan pilihan warna Cloud Blue, serta kemasan gentian karbon pada bampar depan dan juga belakang.

Selain itu, ia dipasang dengan rim aloi dari jenama XXR bersaiz 19-inci dengan tayar 245/45R19. Di bahagian sisi, ia dipasang dengan papan injak dan bumbungnya pula diberi kemasan hitam.

Bukan itu sahaja, Coolray GT Limited Edition turut dilengkapi dengan penapis udara K&N, paip ekzos ‘catback‘ Drift Xaust, dan cakera brek lebih besar dengan angkup kemasan berwarna merah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Paling menarik, pembeli turut ditawarkan dengan pilihan naik taraf cip komputer bagi meningkatkan kuasa enjinnya kepada 200 kuasa kuda.

Model edisi terhad ini hanya boleh didapati secara eksklusif menerusi Geely Fairview dengan kos pakej dianggarkan P 200,000 (RM16,477) lebih mahal berbanding varian Coolray Premium.

Ia bakal dipamerkan di astaka (pavilion) Geely bersempena dengan acara Manila International Auto Show yang dijadualkan pada 7 April hingga 10 April 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit carguide.ph

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply