ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely tayang foto acah KX11 – Adakah ia bakal jadi ‘SUV andalan’ Proton akan datang?

Berita Global

Views

Laman Facebook rasmi Geely Global siang tadi sekali lagi mengacah warganet dengan beberapa foto terbaharu  model ketiga yang dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA). Model SUV andalan tujuh-tempat duduk yang masih menggunakan kodnama KX11 itu difahamkan akan mula dikeluarkan pada suku ketiga tahun depan.

Sebelum ini sudah ada beberapa model yang dibina dari pelantar yang dibangunkan secara usaha sama Volvo dan Geely, antaranya SUV, Xing Yue dan sedan, Xing Rui, termasuk beberapa model Lynk & Co, Volvo XC40 dan Polestar 2.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Jika diamati pada foto-foto yang ada, jelas sekali model ini digayakan sebagai sebuah ‘SUV andalan’. Dengan profil sisi badan yang kelihatan mewah, ia telah menyerlahkan gayanya sebagai model premium tidak seperti Hao Yue (VF11) yang kelihatan agak ‘marhaen’.

Ia ditambah pula dengan reka bentuk depan yang sememangnya ‘gah dan padu’. Dengan jeriji ‘Expanding Cosmos‘ yang bersaiz agak besar, wajah KX11 nampak ‘sombong dan garang’ bila dipadankan dengan bampar kemasan jejalur melintang yang membuatkannya kelihatan lebar.

Meskipun rekaan lampu depannya nampak ringkas, tetapi ia agak unik dengan susun atur lampu siang LED (DRL) yang nyalaannya membentuk seakan garisan putus-putus yang mengapit mentol lampu utama. Kemasan dalam jeriji utama dengan garisan jejalur menegak membuatkannya kelihatan seperti sebuah model keluaran Volvo.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Dari segi dimensi KX11 yang berukuran 4,810 mm panjang dan jarak antara gandar 2,805 mm, lebih kecil sedikit berbanding SUV Geely paling besar setakat ini, iaitu Hao Yue (VF11)yang diwar-warkan bakal menjadi SUV ketiga Proton (X90) menjelang penghujung 2022.

Adakah model ini bakal menjadi ‘SUV andalan’ Proton pada masa akan datang? Setakat ini masih belum ada ura-ura mengenainya, memandangkan model ini masih lagi belum dilancarkan secara rasmi. KX11 dikatakan bakal dijana enjin petrol 2.0 liter turbo dari siri Drive-E yang mampu menghasilkan 190 kuasa kuda dengan 300 Nm daya kilas.

Enjin ini bakal digandingkan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (7-DCT) dan SUV ini akan dipacu menerusi roda hadapan. Berkemungkinan pada masa depan, ia akan turut ditawarkan dengan penjana hibrid serta hibrid plug-in. KX11 dijangka membuat kemunculan sulungnya di Shanghai Auto Show pada 19 April 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply