ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely tayang foto acah sedan elektrik baharu – Bayangan kereta elektrik Proton?

Views

Geely Auto (Geely) hari ini telah mengeluarkan foto acah sedan elektrik serba baharu pertamanya sejak pelancaran Emgrand EV pada 2015. Model baharu ini merupakan produk yang dibangunkan untuk pasaran global dan bakal menjadi titik-tolak kepada usaha Geely untuk memasuki pasaran luar negara.

Lenggok reka bentuk model ini akan menggunakan gaya rekaan yang ‘tertutup’ di bahagian hadapan dengan lampu berkonsepkan ‘Yi’ yang merupakan perkataan dalam Bahasa China yang membawa maksud satu: “一”. Rekaan ini menampilkan lampu hadapan yang ‘sepet’ atau berbentuk memanjang yang ditarik dari muncung kereta hingga ke lengkung tayar.

JOM BACA >> INTIP : Perodua Aruz terdedah semasa tiba di bilik pameran

Garis hud yang menonjol turut berjaya mempertingkatkan pekali seretan angin (wind drag coefficient) hingga mampu menurunkannya kepada 0.2375 dan sekaligus memberikan lebih kecekapan semasa memandu. Untuk menambahkan lagi kecekapannya, sedan elektrik baharu Geely ini telah mengalihkan pemegang pintu tersembunyi di dalam badannya dan hanya akan muncul apabila pemandu berada pada lingkungan jarak yang tertentu.

Konsep pemegang pintu tersembunyi seperti ini terus mengingatkan kami kepada Range Rover Velar. Sedan elektrik baharu ini akan diperkenalkan pada awal tahun ini dengan memberi tumpuan kepada reka bentuk, teknologi dan prestasi. Adakah ia pembayang kepada model sedan elektrik pertama Proton pada masa akan datang? Sekiranya ia dalam perancangan, kami jangka ia bakal tiba di Malaysia paling awal pun pada tahun 2021 atau 2022. Kita sama-sama nantikan!

JOM BACA >> Gambaran digital ‘mirip model sebenar’ Proton Iriz MC2 rekaan TheAjerul

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply