ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely tayang imej rasmi Boyue Cool 2023 untuk pasaran China, ada harapan ke Proton X70 dapat rupa sebegini?

Berita Global

Views

Geely menyiarkan model SUV kompak terbaharu mereka di bawah siri Boyue, iaitu Boyue Cool. Ogos tahun lalu. rakan strategik Proton itu telah memperkenalkan Boyue L (FX11).

Pra-jualannya dijangka bermula di China awal bulan hadapan (April), manakala pelancaran rasminya pula pada separuh pertama tahun ini.

Boyue Cool ini disasarkan untuk kumpulan pembeli muda. Menurut Geely, akronim Cool membawa maksud Creative, Opening, Outdare dan Love.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Reka bentuknya menampilkan lenggok bahasa rekaan terkini Geely, dikenali sebagai “Vision Starburst“, yang menonjolkan bentuk yang bersudut serta permainan garisan tajam.

Dari pandangan atas, ia dilengkapi dengan bumbung lutcahaya panoramik. Wajahnya agak aggresif dengan rekaan jeriji bersaiz besar yang dihiasi dengan susunan corak grid matriks berbucu tajam, kemasan hitam.

Selain itu, reka bentuk hadapan Boyue Cool turut dilengkapi lampu siang LED (DRL) melintang yang bergabung dengan logo. Kombinasi DRL dan logo ini boleh dinyalakan secara serentak.

Dari segi dimensi, Boyue Cool berukuran 4,510 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula 2,701 mm.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Berdasarkan informasi dari Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, Boyue Cool dikuasakan oleh enjin 1.5TD empat silinder yang menghasilkan output maksimum 133 kW dan dipadankan dengan kotak gear 7-kelajuan DCT.

Rekaan belakang lebih sporty dengan kehadiran empat corong ekzos pada diffuser bampar, lampu belakang yang seperti ‘boomerang‘ dan bersambung dengan jejalur LED, serta spoiler belakang rekaan moden bersama lampu brek ketiga.

Setakat ini, tiada perincian berkaitan rekaan dalamannya, namun Geely berkata Boyue Cool akan menampilkan konsep “kokpit interaktif digital” dengan panel instrumen LCD sepenuhnya, skrin kawalan di tengah bersaiz besar dan stereng pelbagai-fungsi antibakteria.

Adakah Proton X70 MC2 nanti akan mengadaptasikan reka bentuk Boyue Cool? Kami menjangkan, ia tidak akan berlaku kerana versi MC2 itu mungkin mendapat rekaan jeriji Infinite Weave serba baharu seperti model X90 (VX11) serta beberapa perubahan kosmetik kecil yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply