ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi kedua Ford Ranger Raptor dilancarkan – Enjin 3.0 liter V6 turbo, harga RM259,888

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini memperkenalkan Ranger Raptor generasi baharu.

Mewarisi DNA Ford Performance, Ranger Raptor generasi kedua ini dijual pada harga:

  • RM259,888.00 (atas jalan, tanpa insurans dan pendaftaran, bagi Semenanjung Malaysia)
  • RM263,888.00 (atas jalan, tanpa insurans dan pendaftaran, bagi Malaysia Timur).

Lima pilihan warna ditawarkan, termasuklah warna baharu Code Orange, sebagai tambahan kepada Absolute Black, Arctic White, Conquer Grey, Lightning Blue.

Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin 3.0 liter petrol V6 turbo berkembar baharu yang ditala oleh Ford Performance yang menjana 397 PS pada 5,650 rpm dan 583 Nm daya kilas pada 3,500 rpm.

Memanfaatkan rekaan blok silinder graphite-iron kompak, enjin ini dipadankan bersama transmisi automatik 10-kelajuan. Enjin V6 ini juga didatangkan dengan sistem anti-lahu (lag) perlumbaan (hanya dalam mod Baja).

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ia juga dilengkapi dengan sistem ekzos aktif yang didatangkan dalam pilihan empat mod pemanduan iaitu Quiet, Normal, Sport dan Baja.

Jurutera Ford juga telah melakukan penambahbaikan penting pada casis yang digabungkan dengan penyerap hentak FOX 2.5-inci Live Valve talaan Ford Performance dan ciri Bottom-Out Control FOX.

Sistem 4×4 Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF) pada Ranger Raptor ini telah dinaik taraf dengan adanya transfer case dua-kelajuan kawalan elektronik dengan empat tetapan, iaitu 2WD, 4WD Auto, 4WD High dan 4WD Low.

Sistem Pengurusan Permukaan yang dikemaskini datang dengan tujuh mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Slippery bagi pemanduan atas jalan biasa, manakala mod Rock, Sand, Mud/Ruts dan Baja untuk kegunaan off-road.

Dari segi rekaan, Ranger Raptor tampil lebih garang dengan lengkung roda lebih lebar, ejaan FORD yang besar serta bampar yang terpisah daripada jeriji, rim aloi 17-inci dengan tayar BFGoodrich® All-Terrain KO2®, lampu utama Matrix LED, lampu siang (DRL) berbentuk-C, scuff plate Ford Performance serta injak sisi aluminum yang baharu.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ruang kabinnya menampilkan kerusi balutan kulit dengan rekaan dari ilham jet pejuang, kerusi pemandu dengan pelarasan 10-arah kuasa elektrik dan kerusi penumpang dengan larasan 10-arah manual.

Kemasan dalaman warna Ebony diserlahkan lagi dengan perincian Code Orange, stereng sport balutan kulit dengan paddle shifter magnesium, tombol gear kulit dengan e-shifter dan lampu suasana.

Trak pikap ini turut dilengkapi paparan kluster digital resolusi tinggi 12.4-inci TFT dan sistem infohibur Ford SYNC® 4A dengan skrin sentuh 12-inci sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem bunyi Bang & Olufsen® dengan lapan pembesar suara.

Dari aspek keselamatan, Ranger Raptor generasi baharu dilengkapi dengan pakej bantuan pemanduan merangkumi ciri kawalan jelajah adaptif dengan Henti/Mula dan bantuan kekal lorong, isyarat berhenti kecemasan, sistem maklumat titik buta (BLIS).

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan ciri bantuan suluhan lampu tinggi, bantuan brek undur, bantuan stereng mengelak dan amaran lintasan trafik di belakang serta tujuh beg udara.

Ranger Raptor generasi baharu ini hadir dengan jaminan pengeluar lima-tahun atau 160,000 km, yang mana terdahulu. Pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan dengan penawaran perlindungan melalui PremiumCare.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply