ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi kedua GAC M8 – Pesaing Buick GL8 dari China, jeriji depan besar gila!

Berita Global

Views

Inilah dia generasi kedua minivan mewah GAC M8, untuk pasaran China yang bakal menjadi seteru terkuat kepada Buick GL8. Model ini memfokuskan kepada kemewahan, teknologi dan ruang, ditawarkan dengan pilihan trenkuasa petrol, hibrid dan juga hibrid plug-in.

Seperti yang dijangka, versi pengeluaran GAC M8 tidaklah se’futuristik’ model konsep New Space yang telah dipamerkan beberapa bulan lalu, tetapi ia berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Rekaan hadapan didominasi oleh jeriji ala-Lexus bersaiz besar yang dinamakan sebagai “Soaring Wings 2.0” oleh GAC. Lampu depannya yang nipis itu pula diinspirasikan dari singa, seakan-akan taring Peugeot, manakala rekaan skirt yang menonjol cuba untuk menyerlahkan lagi ‘semangat kesukanannya’.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Profilnya sangat tipikal dengan perkadaran minivan, dilengkapi roda berdiameter-kecil, cermin besar dan pintu jenis gelongsor. Bentuk badannya kini lebih berlekuk jika dibandingkan dengan model-model lain dari segmennya.

Rekaan belakangnya diserikan dengan lampu LED yang ranggi, skirt kemasan krom dan spoiler belakang yang agak besar. Dari segi dimensi, GAC M8 lebih besar berbanding model terdahulu dengan 5,212 mm panjang, 1,893 mm lebar, 1,823 mm tinggi dan 3,070 mm jarak antara roda.

Ruang kabinnya memperlihatkan satu anjakan yang ketara berbanding generasi sebelumnya dari segi reka bentuk, bahan dan juga teknologi. Paling menyerlah adalah unit infohibur dengan paparan sentuh bersaiz 14.6-inci yang bersambungan dengan panel instrumen digital 12.3-inci.

Konsol tengahnya kini kelihatan lebih tinggi dan dilengkapi dengan tombol gear bercahaya, yang sepadan dengan warna cahaya ambien. Dua pilihan rona warna kabin ditawarkan, kombinasi hitam, putih dan “Royal Opera” dengan rona merah, emas dan putih.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Upholsteri penyandar tempat duduk dan panel pintu diinspirasikan dari sulaman Kantonis, digabungkan dengan kulit separa-anilin untuk keseluruhan ruang kabin.

Susun atur tempat duduk boleh disesuaikan, kerana baris ketiganya boleh dilipat manakala baris keduanya boleh gelongsor, sekali gus mentransformasikan MPV tujuh tempat duduk ini kepada bilik mesyuarat bergerak dengan empat tempat duduk.

Perincian mengenai spesifikasi trenkuasanya tidak didedahkan, namun ia bakal ditawarkan dengan pilihan trenkuasa petrol, hibrid dan hibrid plug-in, sama seperti model sebelumnya.

Varian elektrik mungkin akan menggunakan Sistem Hibrid Toyota, yang digandingkan bersama enjin 2.0-liter keluaran tempatan. Generasi kedua GAC M8 bakal memasuki pasaran negara ‘Tembok Cesar’ itu mulai November 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply