ARKIB

KATEGORI

Buletin

Genesis New York Concept bakal cabar BMW 3-Series

Views

Jenama premium dari Hyundai, Genesis bakal mempertontonkan sebuah model  konsep sedan sport empat-pintu di New York Auto Show yang bakal menjadi pencabar kepada BMW 3-Series. Nama model konsep ini juga diambil sempena acara tersebut, iaitu New York Concept.

Ketua jenama Genesis, Manfred Fitzgerald berkata New York Concept ialah sebuah model konsep progresif yang menampilkan kualiti rekabentuk jenama tersebut. Rekabentuknya dikatakan sangat atletik dan elegan sekaligus mencerminkan karektor produk di bawah jenama Genesis.

Antara model yang kini ditawarkan oleh Genesis termasuklah sedan premium G80 dan G90, yang sebelum ini dikenali dengan nama Hyundai Equus dan Genesis. Dua model crossover dan sebuah coupe akan turut diperkenalkan pada masa akan datang.

Kalau nak tahu macam mana rupa model ini tunggu kemunculannya minggu depan!

Genesis-New-York-Concept-1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply